Bahagian 1
Assalamualaikum
Banyak juga negara yang sudah saya kunjungi tetapi yang paling 'melekat' dalam hati ini adalah kenangan meneroka bumi Kemboja. Seribu satu perasaan yang menerpa dalam ingatan bila teringat akan negara nan satu ni. Sedih, insaf, lucu dan tak kurang juga perasaan hiba apabila terkenangkan kedaifan rakyat di sana, syukur rasanya menjadi rakyat Malaysia.
Kami berlepas dari LCCT pada pukul 02:20 pm dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pukul 04:00 pm..Seperti biasa pelancong yang memasuki negara Cambodia di wajibkan mengisi borang imigrasi berserta sekali borang pengistiharan barangan yang kita bawa masuk ke negara itu..Waktu di Phnom Penh adalah cepat sejam dari Kuala Lumpur dan waktu pagi serta malam di rasakan amat cepat berlalu..Susur keluar ke tempat letak kereta terdapat banyak kaunter menjual SimKad, Pengurup Wang dan Agensi pelancongan..Mudah sahaja..
Papan kenyataan di LCCT KL
Lapangan terbang Phnom Penh
Kami sekeluarga sempat merakam kenangan di Lapangan Terbang Phnom Penh
Bas sudah menanti kami...
Sempat juga merakam kenangan orang tiga beranak ni...
Yang berbaju kuning ni le pemandu pelancong kami
En.Kadir beliau agak fasih berbahasa melayu.
Bot Pesiaran yang kami naiki.
Sungai Mekong adalah salah satu sungai terbesar besar di dunia. Antara 10 sungai terpanjang di dunia dan atara 7 di Asia. Panjang sungai adalah 4.909 km (3.050 mi),
dan luas 795.000 km2 (307.000
batu persegi). (Maklumat dari Pak Goggle)
Kepentingan Tasik Tonle Sap di Kampuchea:
(Ehsan dari Pak Goggle)
Tasik Tonle Sap di Kampuchea dikenali sebagai Tasik Besar, ia merupakan sebuah tasik air tawar terbesar di rantau Asia Tenggara dan keempat terbesar di dunia.
Pada musim kering, aktiviti menangkap ikan dijalankan oleh petani secara sambilan.
Tonle Sap juga menjadi destinasi para pelancong yang menaiki bot melalui Sungai Mekong.
Kegiatan menangkap ikan air tawar adalah kegiatan ekonomi utama penduduk.
Teruja juga sikecik tu menaiki bot menyusuri Tasik Tonle Sap
Di atas bot persiaran di Tasik Tonle Sap
Nenek oh nenek...
Bangunan dipesekitaran tasik...
Pemandangan dipesekitaran tasik...
Kebanyakkan penghuni perahu di sini adalah penduduk Kampuchea yang beragama Islam
Perahu adalah tempat kediaman rasmi mereka.
Di sini tidak kenal erti stress , tidak menempuh kesesakan lalu lintas, tidak kenal erti pasaran saham terjun atau terjatuh. Tidak tahu sambungan internet. Tidak sempat bergajet. Kelangsungan hidup adalah dari hari ke hari, kebahagiaan sepontan, sederhana, dan singkat.
Itulah kehidupan mereka....
Setelelah selesai menaiki bot persiaran kami di bawa berkunjung ke pasar malam.Pasar Malam Phnom Penh terletak di tepi sungai Mekong dan menawarkan pelbagai barangan seperti kraftangan Kemboja ,sutera kemboja, pakaian dan cenderamata.
Pererbezaan dengan pasar malam tempat kita hanyalah terdapat pentas hiburan.
Anak-anak teruja juga dengan pasar malam di sini...
Pasar Malam dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad malam dari 05:00 petang
hingga tengah malam. Pasar malam di sini serupa dengan pasar malam di tempat kita. Selain daripada beraneka jenis barangan, makanan yang lebih banyak di jual dan langsung tidak sesuai untuk kita nekmati...
Pengunjung pasar malam...
Makan malam kami di local restaurant
Di Phnom Phen tempat makanan halal adalah 'terhad', jadi cari tempat penginapan hotel
berhampiran dengan kawasan yang ada restoran halal. Atau yang lebih baik bawalah bekal beberapa bungkus mee segera, biskut dan teh/kopi/milo segera. Jenis-jenis segera ni kadang kala dapat menyelamatkan kita dalam keadaan genting...
Wenzhou Business Hotel
Kemudian kami terus balik ke hotel untuk melepaskan kepenatan bagi mengumpul tenaga
untuk program seterusnya esuk.
Disinilah kami bermalam...
Di antara menu yang terdapat di hotel ini...
Terima kasih Puan Hajah Baidah yang sanggup melayan kerenah kami anak beranak...
Di sebelah belaiu En.Hassan wakil pelancongan Cambodia..
Kaunter hotel...
Si cucu dah kepenatan...
Penat ke Pak Haji...?
Tak penat ke nenek...
Sekadar renungan bersama...
Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka
yang menjaga hubungan dengan
Allah dan hubungan dengan manusia.”
(Surah Ali Imran, ayat 112)
Ketika melancong, sudah tentu apa yang dilihat dan dialami tidak sama seperti di tempat kita. Allah Maha berkuasa menjadikan seluruh dunia itu tidak sama daripada segi bentuk muka bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan dan kehidupan masyarakatnya.
Wassalam
Insya Allah akan bersambung di bahagian 2......(klik)
Tahniah, pengalaman yang hebat dengan informasi yang hebat ditulis oleh orang yang hebat. Sangat sesuai dibaca oleh orang yang bercadang melancong ke tempat yang sama.
BalasPadamSekali baca macam bahan geografi, tapi siap ada firman lagi. Teruskan ke bahagian seterusnya.
Insya Allah jika diizinkan Allah akan sampai jua En.Atih ke bumi Kompuchea ni.... Cari muasabah diri sendiri dan anak-anak....Kita sering alfa dengan kemanisan yg kita kecapi dan tidak sedar ada segelintir yg terlalu memerlukan simpati...
BalasPadamMaaf kesilapan teknikal...bukan alfa tapi alpa...(lupa, lalai) terima kasih cikgu.....
BalasPadamBaidah Zaira Mohamed Noor Assalam. Tahniah puan. Satu catatan coretan cerita yang amat menarik. Saya amat teruja membacanya...saya tunggu Kemboja 2 ya! Tq puan
BalasPadamMohd Ridzuan semua ok Kak Aisah, elok juga kalu zoom makanan tradisi mereka iaitu sop kepala ikan haruan tu ...( kawan2 saya tanya saya how is Cambodia, saya suruh mereka layari blog Kak Aisah utk tahu lebeh lanjut )
BalasPadam