Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

01 Disember 2018

KENANGAN INDAH BERTEMU SAHABAT LAMA



Sahabtku.....
Syukur alhamdullilah dengan izinNya kami dapat kami berkumpul kembali mengeratkan tali silaturrahim kami yang terpisah hampir puluhuan tahun.....

Perjumpaan semaktab
pada  24 - 26 November 
Di Kuala Mu dan Teluk Senangin ,
Perak, Darul Riduan

Walau Kita Jarang  Bertemu Sesering Dulu
Kalian Tetap Teman-Teman Terbaikku

Bagaimana perasaan anda ketemu dengan teman lama yang telah lama berpisahTentunya ada rasa senang
haru dan puas....
 Ingin rasanya bercerita kembali mengenang 
masa-masa lalu saat bersama.
 Kenangan manis dan pahit pun tak 
terlewatkanNamunterkadang ada hal yang kita
 LUPAKAN saat 
bertemu teman lama......


Destinasi kami







DULU
Dulu kita tak begini
Tapi kini kita seperti ini
Dulu kita tak berbeda
Tapi kini kita berubah
Dulu kita tertawa tawa
Tapi kini kita selalu menangis
Dulu kita begitu bebas
Tapi kini kita terhempas
Dulu aku !! kita dan dia
Dulu kita dan dia satu
Tapi kini kita tak menyatu ,,, bagai !!
Kabut hitam kini semakin beku
Semua telah berubah
Dulu hari ini dan esok
Dulu masih ada kedamaian untuk kita
Tapi kini semua kian berubah
Hari ini mulai ku rindukan
Kedamaian itu kembali dalam hati ku
Dan menyimpan nya selalu
Untuk hari esok


kata indah untuk sahabat
Tiada kata indah seindah kata ukhuwah
Dalam sebuah jalinan persaudaraan Islam
Jalinan yang abadi di sisi Tuhan
Berawal dari sebuah persaudaraan 




Bayu laut menyapa pipi,
Pohon nyiur bagai melambai;
Wajah seraut terbayang kini,
Rindu berbaur kasih tersemai.


Budak-budak bermain air,
Simbah-menyimbah bersuka-suka;
Diri hendak berada hampir,
Berkongsi kisah suka dan duka. 


Anak ketam jalan mengiring,
Jalan mengiring berpasang-pasang;
Ingin teman sama seiring,
Sama seiring bersusah senang



Lima ekor anak ikan,
Jatuh seekor tinggal empat;
Salam ku hulur tanda ingatan,
Moga terhibur duhai sahabat
















Dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun,
 perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam 
tangan, dan berjanji,
 "Kita untuk selamanya kawan, walaupun jarak menjauh, waktu 
memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam
sanubariku".


12 Jun 2018

Selamat Hari Raya



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah dan silap sudilah maafkan.


Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tiada,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tiada terguris jiwa.


Istimewa daripada kami sekeluarga

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.



Bermain mercun sambil menari,
Di dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.


Ikhlas daripada Fakhrul Anwar sekeluarga

Sungguh cantik si rama-rama,
Hinggap seekor di depan mata,
Kini syawal telah menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf kupinta.


Ikhlas daripada Nur Izzaty sekeluarga

Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.


Ikhlas daripada Syaza Ilyany dan suami

Pergi ke kedai bersama rakan,
Negara jepun dilanda taufan,
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.


Istimewa daripada ziyad Haziq

Biar amarah disunting senyum, 
Ibarat pekerti disulam kasih, 
Diharap dihalal makan dan minum, 
Ibarat rezeki tidak disisih



Salam sayang daripada  kami Cucu Tok ayah dan Nek Mok


Hassya Nur Dalili, Damia Hanani, Adelia Humaira,
 Hanna Nur Marissa,
 Risha Hasna Dan Kayyisah Nurjannah

Menyeberang laut melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan si anak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.


Pucuk pauh delima batu
Air sembilan di telapak tangan
Walau jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan

SEMOGA SEGALANYA ALLAH PERMUDAHKAN DAN KITA
 SENTIASA DI DALAM PERLINDUNGAN ALLAH JUA AAMIIN

Insyaallah Jumpa lagi

22 Mac 2018

SEMOGA BAHAGIA




Beretmu kembali di entry yang bertuah ini.  Di kesempatan ini saya menyusun jari sepuluh andai ada kata-kata yang menyinggung perasaan  saudara semua.

Tanggal 17.3.201 ....melakar sejarah  indah buat anaknda Syaza Ilyany dan anaknda Mohammad Fitri
untuk mengakhiri zaman bujang merekaSyukur alhamdulliah dengan limpah dan
kurniaNya mereka telah di satukan sebagai pasangan suami isteriDipanjatkan doa restu 
agar mahligai bahagia yang mereka bina atas dasar saling mencintai akan berkekalan 
hingga ke Jannah... Aamin..


                  
                                                           Sirih junjung  ((nukilan kakak Izzaty)     
                  

                                                    Kek hantaran (terima kasih Hajah Zenu)



Ya Allah,


Dengan limpah pengampunanMu,
Juga lautan kemuharanMu,
Telah engaku jodohkan salah seorang hambaMu
Di atas muka bumiMu ini,
Bertemu mereka atas ketaaan kepada Mu
Berkumpul mereka atas berbakti pada agamaMu
Kasih sayang terpatri anatara mereka keranaMu..

Ya Allah
Lembutkandan tabahkan hati pasangan pengantin ini
Dalam mengharungi bahtera perkahwinan
Kurniakan mereka ana-anak yang soleh 
Keturunan yang baik lagi terpuji
Mengamalkan suruhanMu
Menjauhi laranganMu
Keturunan yang tegar mengamalkan sunnah kekasihMu
Pemimpin dalam terang
Pembimbing dalam cahaya
KekasihMukekasih kami,
Nabi Mulia Junjungan Semesta Alam Saidina Muhammad SAW.

Ya Allah
Pautkan hati mereka berdua
Seperti kau pautkan gunung di belakang bumi
Alirkancinta mereka berdua
Seperti aliran sungaiMu yang segan mengering
Suburkan kasih sayang mereka berdua
Seperti suburnya dedaun menghijau bentangan dunia ini


Amin, Ya Rabbal 'Alamin
Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, wedding and indoor


Selamat Pengantin Baru

Bernama perkahwinan itu
Adalah ikatan setia murni
Bertapak pada naiwaitu suci
Berdiri atas kasih tulus
Berpaut dipuncak munajat di persada kerukunan
Demi keharmonian hakiki demi  kebahagian abadi 
Dibahu kalian sebenarnya tergenggam kewajipan
Corakkan dengan cermat dan nikmat
 Dijiwa  kalian sebenarnya 
Terkandung harapan
Hiasi dengan kecerdikkan dan kecantikkan
Kelak
Kalian rasai senang dan tenang
Semoga jodoh berkekalan bahagia berpanjangan 

Dirahmati dan diberkati  Allah...


                                              



Ku ucap SELAMAT BERUMAH TANGGA,
Semoga kekal ke hujung nyawa,
Kedua mempelai nampak berseri,
Sedondon pakaian pilihan  hati,
Kini kau sudah bergelar isteri,
Tugas yang berat sedang menanti,

Bawah khemah pengantin berteduh,
Siap berkeris juga bertanjak,
Kini kau sudah bertemu jodoh,
Rancanglah hidupmu  dengan bijak,

Jemputlah tuan jamah makanan,
Silalah duduk janganlah malu,
Pada sang isteri ku tinggal pesanan,
Sayangilah suami taati selalu,

Pada si dia hati terpikat,
Ijab dan kabul buktinya cinta,
Hidup berdua mesti sepakat,
Elakkan dari segala sengketa,

Tak kira miskin dan juga kaya,
Ke rumah kenduri menjamu selera,
Hidup berdua saling percaya,


Tabah hadapi segala gelora,

Sungguh segak suami idaman,
Atas pelamin tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu,

Sanak saudara jauh dan dekat,
Ke rumah pengantin itu matlamat,
Supaya hidup mendapat berkat,
Sabar dan setia jadikan azimat,

Semoga majlis mendapat rahmat,
Doa dari para tetamu,
Supaya kasih bertambah nikmat,
Solat berdua jangan kau jemu,

Atas pelamin diam membisu,
Dua pengantin nampak sepadan,
Usah bertindak mengikut nafsu,
Kelak menyesal merananya badan,

Dari Penang ke Negeri Sembilan,
Tol sempadan banyak kau redah,
Hidup berdua seiring sejalan,
Saling membantu bawa faedah,

Nasi dalca dan sambal kuini,
Buat hidangan suami dan isteri,


Terimalah pantun dariku ini,

Majlis Khatam Quran (Terima kasih Ustazah Tanjung dan ahlinya)



Syukur alhamdullialh......Keluarga kami dah bertambah

Image may contain: 11 people, including Fitri Ateh and Arifudin Ateh, people smiling, people standing and outdoor

Rombongan keluarga lelaki(layanan kurang memuaskan mohon maaf)
Image may contain: 6 people, including Aisah Ibrahim, people smiling, people sitting, table and indoor

Bersama Nenda dari Singapura
Image may contain: 5 people, including Ailezah Ibrahim and Nsyirin Mohamad, people smiling, people standing and wedding
Keluarga Bik Nita


Keluarga Bik Liza

Keluarga ayah busu
Image may contain: 10 people, including Luqman Nur Haqeem, people smiling, people standing, wedding and indoor

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting and indoor









Yad dah tak de geng

Dua sepupu...
Perisdangan nenek -nenek
Adam cucu nenek....
Terima kasih Iza dan suami



Terima kasih saudaraku...
Dari Kelantan dan Kuala Lumpur


TERIMA KASIH SAHABAT YANG HADIR DI MAJLIS KAMI 
SEMOGA KALIAN SENTIASA DI DALAM PERLINDUNGAN ALLAH JUA AAMIN


Saudara Hanan dan Puan Norsiah

Terima kasih Bidi....
Berjumpa Bos kita...
Image may contain: 6 people, including Chamingan Bahari, Azizan Romli Izan, YB Amran Mohd and Din Sa'ayun, people smiling, people sitting and indoor
Geng Kelas kita
Image may contain: 3 people, including Aisah Ibrahim and Wan Norhani, people standing
Dari Selangor Terima kasi adinda Wan Norhani
Image may contain: 11 people, including Rosnah Saat, Rokiah Hayu, Azizah Abdollah, Shah Sulaiman, Hawa Abdul Jalil and Azizan Romli Izan, people smiling, indoor
Geng SMGP terima kasih Hadir
Image may contain: 4 people, including Aisah Ibrahim and Rokja Hamzay, people standing
Orang jauh....

Image may contain: 6 people, including Norsiah Hj Talib, Unc Friday and Amirudin Jaafar, people standing
Terkenang masa dulu dulu
Image may contain: 5 people, including Aisah Ibrahim and Norsiah Hj Talib, people smiling, people sitting and indoor
Tiga Dara
Image may contain: 4 people, including Norsiah Hj Talib, people smiling, people sitting and indoor

Jika ada sumur di ladang
boleh kita meumpang mandi
jika ada umur yang panjang
boleh kita berjumpa lagi...
Terima kasih