Turut serta ayahku Hj.Ibrahim .Kunjungan kami disambut mesra oleh pasangan suami isteri Pak Haji Shariff dan isterinya Bibik Yantee sahabat ayahku... Beliau tinggal di Jalan Hang Tuah, Batam .Kami bermalam di Hotel Bahari terletak di daerah Nagoya.Bersebelahan hotel terletak sebuah Restoran yang terkenal dengan masakan padang. Restoran tersebut bernama 'RM SUNDA IBU JOKO '.
Restoran Sunda
Destinasi pertama kami ke Pulau Kesam, untuk sampai Pulau Kesam melalui Pelabuhan Punggor kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Nagoya . Pelabuhan Punggor adalah pelabuhan kedua terbesar selepas Batam Center. Pelabuhan ini beroperasi untuk membawa penumpang ke Tanjung Pinang .Kami menaiki bot penambang untuk ke Pulau Kesam.Seterusnya kami ke Tanjung Pinang menaiki feri dan ke Pulau Penyengatmenaiki bot penambang . Kami Pulang ke Johor melalui Batam Center.