Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

16 November 2012

Kesianya Hasyaa ...demam..



Hasyaa demam...


Hasyaa demam terpaksa bawa dia ke Hospital untuk pemeriksaan...



Dia bayi yang ceria sebelum demam...


Sempat singgah di rumah anak sahabatku En.Atih &  Pn.Sharifah sebelum ke Hospital
Terima kasih...En.Atih...


Kesiannya...


Tak ceria....


Di Hospital....


Dr.Razalina merawatnya...










Di rumah....


Tak boleh tiur hidungnya tersumbat ....


Nenek doakan mudah-mudahan  Hasyaa cepat sembuh....tak tidur Ibu dan Papanya....
Kesian Hasyaa.....



Pie Kentang..... atau shepard pie...Ala Izzaty



Pie Kentang..... atau 
shepard pie

Kali pertama makan shepard pie  atau pie kentang yang disediakan  oleh  sepupuku di Jurung Est Singapura , semasa  kami berkunjung ke rumah mereka  pada hari raya tempohari,  Izzaty terus jatuh cinta dengan keenakaannya. Pagi tadi dia baru berkesempatan untuk mencubanya…memandangkan ayah dia tidak ada selera untuk menjamah nasi   ketika ini dia pun terus mencubanya….… Mudah-mudahan ayahnya berselera dengan makanan al-ala Mat Salleh ni...


Bahan-bahan untuk kulit pie




 kentang, direbus dan dibuang kulit


 Lecek ubi kentang yg telah direbus.



Kemudian masukkan mentega, lada sulah, garam serta susu cair. Gaul semua bahan hingga adunan sebati




Ratakan kulit pie di loyang pembakar


Bahan-bahan untuk  inti pie: 

1/2 biji bawang besar  potong dadu
2 biji bawang bawang putih  potong
1 sudu besar mentega, utk menumis
300gm daging cincang
1 sudu besar tiram
Sedikit rempah kari
Sedikit cendawan butang dan dipotong dadu
1/2 biji carrot, didadu (kita guna mix vegetables) 




Bawang besar dan bawang putih  dipotong dadu


Cara-cara: 


1. Panaskan mentega di kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu. 
2. Masukkan daging cincang. Kacau rata. 
3. Masukkan daging kisar  benar-benar  empuk baru angkat. 



Panaskan mentega di kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga layu




 Masukkan daging cincangKacau rata. 





Daging  benar-benar  empuk baru angkat. 



 Sapukan mentega pada mangkuk kaca atau casserole pilihan anda. Lekapkan kulit pie di dasar dan sekeliling sebelah dalam mangkuk. 


.
Letakkan inti di atasnya. 


 Tutupkan inti sepenuhnya dengan adunan kulit pie. 
Akhir sekali sapukan kuning telur di bahagian atas pie  dan taburkan sedikit keju cincang




Bakar pie pada suhu 200 darjah cel selama 15min hingga 20min atau sehingga kulit pie bertukar kuning keemasan




Dah siap dan boleh dimakan...




SElAMAT MENCUBA....
Terima kasih aunty Mala....





14 November 2012

Sekelumit Kenangan DI Musim Haji 1433H (Fasa VII)


INDAHNYA MADINAH......

Insyaallah kita akan diundang lagi untuk kesana....




Di Madinah kami ditempatkan di hotel ini......cantik dan selesa....



Pemandangan di dalam bangunan Hotel  AL HARAM










Lifnya pun cantik...




Laluan yang kita kena lalui dari Hotel Al Haram untuk ke Masjid Nabawi




Jalan-jalan di Madinah cantik dan bandarnya terancang...................terasa seronoknya...




Dataran Masjid Nabawi



Dataran Masjid Nabawi

Untuk masuk ke Masjid Nabawi pada musim haji, kawalannya agak ketat… Handphone dilarang sama sekali...jika bersolat di dataran tak apa...untuk dibawa masuk yang tak boleh...
Selalu juga berfikir, bagaimana nak telefon denagan sang suami
Berjanji dulu sebelum masuk? he he he...dah janji dah...
Saya berjanji di pintu pagar  kawasan wanita.
Kena janji betul-betul…baik telefon...
lagipun kat sana rasa macam serupa  sama jer...karang, cuit-cuit, silap orang  pulak..







Kubah hijau Makam Nabi...




Tanah perkuburan dipesekitaran Masjid Nabawi...





Dataran Masjid Nabawi masih lengang ketika kami baru tiba...



Pemandangan di waktu malam....


Di Masjid Kubah..



13 November 2012

Sekelumit kenangan musim Haji 1433 H (fasa VI)


Menjamu selera dengan nasi arab di Madinah....


Nasi Arab di Madinah....


Restoran ini tidak menyediakan meja kita kena bersila untuk makan...



Lapar ke....makan .hingga licin...



Di hadapan Restoran Nasi Arab di Madinah....



RESEPI NASI ARAB


Bahan-bahan
1kg beras basmati - basuh dan toskan
1 liter air
500gm ayam-atau  daging kambing
1 tin kecil kacang pes
1 cawan kismik-tak letak
3 tangkai cili merah-belah 2
3 tangkai cili hijau-belah 2
1 tangkai daun sup-hiris
1 tangkai daun ketumbar
a tin kecil minyak sapi
s2 sudu besar minya
2 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putiih
100gm bawang goreng
sedikit garam


BAHAN TUMIS
5 ulas bawang merah-hiris
3 ulas bawang putih-hiris
1 labu bawang besar-hiris
3cm halia-hiris
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu kecil jintan manis*
1 sudu kecil jintan putih*-*bancuh dengan sedikit air
CARA MENYEDIAKAN:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak.
2. Tumiskan semua bahan tumis sehingga garing dan wangi.
3. Masukkan serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih yang telah di bancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
4. Masukkan cili merah, cili hijau, air,ayam/daging kambing, gula dan garam. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukkan beras dan tanak seperti biasa.
6. Taburkan daun sup dan daun ketumbar, bawang goreng, kacang pes dan kismis. Tutup sebentar.
7. Bila nasi agak kering barulah di gemburkan nasi

Ayam Tandori
Ayam Tandori

6
ketul kepak ayam
1/2
labu bawang putih-tumbuk/kisar
2
inci halia - kisar
1
sudu besar rempah tandoori/rempah barbeque
1
sudu besar rempah goreng ayam kfc  -guna rempah serbaguna pun boleh
1
sudu besar serbuk cili
1
sudu besar minyak masak/marjerin/butter
lime jus
garam
gaul ayam dengan  lime juice dan garam
satukan bahan-bahan  lain dan perapkan dengan ayam selama 2 jam
masak lam oven...goreng pun boleh...