PBS hari kedua.....
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) 
1. KONSEP 
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu  program bagi pelajar 
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang 
alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini  memberi peluang 
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan 
peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, 
refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat 
memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah 
untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. 
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami 
bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus 
sekolah mentadbir sekolah. 
2.  OBJEKTIF 
Melalui program Pengalaman Berasaskan  Sekolah (PBS) pelajar dapat; 
(i) memahami budaya sekolah; 
(ii) menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah; 
(iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid; 
(iv) memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran; 
(v) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
(vi) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah, 
       iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah; 
(vii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal
(viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan; 
(ix) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru; 
(x) mendokumentasikan Pengalaman berasasakan sekolah.

Menyiapkan papan pendidikan seni....
Mesti senang hati ketua Panitia Pendidikan Seni...

 Cikgu Rusyidah bersama Pn.Yau

Cikgu Nadia juga berkesempatan merakamkan potretnya bersama Pn.Yau.


Cikgu-cikgu PBS ni memang rajin....


Membantu di kelas Pemulihan....
Kalau boleh selalu le 'ROS" kat sini
Budi baik kalian pasti kami kenang...