Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

18 Disember 2013

CAMBODIA OH CAMBODIA....

Kongsi pengalaman di tempat orang...
Bahagian 2
Dari Bahagian 1 (klik)
Assalamualaikum

Hari kedua kami di bumi Kompuchea, kami meneruskan perjalanan ke Kampong Cham. Setelah selesai bersarapan di 'Restaurant Halal Mamak Malaysia' .Restaurant ini  terletak bersebelahan dengan hotel tempat kami menginap.
 Lebih kurang pukul 7:30 waktu Kemboja, kami bertolak   ke Kampong Cham dengan menaiki bas. Kampong Cham terletak sejauh  124 kilometer daripada Bandar Phnom Penh,  boleh menggunakan kenderaan darat ataupun  melalui sungai dengan menaiki bot.  Kelazimannya  perjalanan bagi kedua-dua jenis pengangkutan ini mengambil masa yang hampir sama iaitu kira-kira 2 jam 50 minit dari Pnom Pehn (bergantung kepada keadaan semasa, ketika ini jalan raya sedang diperbaiki). Daerah ini mempunyai 4 Mukim dan 24  kampong.  Anggaran penduduk di sini berjumlah kira-kira 63,771 orang sekitar tahun 2006 . Lokasinya pulak terletak di persisiran Sungai Mekong yang terkenal itu.  (Sumber dari Pak Goggle).
  


l
Pelan Lokasi Kampong Cham
Informasi dari Pak Goggle.... Terima kasih

Restauran Halal Mamak Malaysia bersebelahan hotel tempat kami menginap

Menu yang terdapat di rastauran ini...

Pelbagai kaedah dan teknik yang  Puan Hajah Baidah 
gunakan untuk memikat hati si gadis sunti ini..

Berselera betul mereka menekmti sarapan pagi...

Minuman yang boleh dipesan di restauran ini

sepanjang perjalanan hanya kelihatan sawah padi yang terbentang luas . Terdapat juga sedikit tanaman kontan yang lain.


Kami berhenti di satu pekan (saya tidak sempat bertanya apakah nama pekan tersebut)  pekan tu ala-ala Pekan Air Hitam di Johor…(Orang Yong Peng mesti bangga dengan keadaan sedemikian), yang berbezanya penjual di sini pandai berbahasa Inggeris. Jadi mudahlah  kami 
berkomunikasi dengan mereka.Di antara kami ada yang turun di pekan ini untuk melepaskan
 hajat masing-masing….Syukur Alhamdulliah lega rasanya.

Macam kat Pekan  Air Hitam kan....
Harganya berpatutan ...
jual beli mereka menggunakan mata wang USD 
padahal mata wang mereka dikenali dengan 'Riel'
Wang kertas Riel
Wang kertas USD

Mereka lebih gemar  menggunakan mata wang USD daripada Riel.

Diantara makanan yang agak pelik bagi saya terdapat di pekan ini...
Ini bukan rekaan...

Ini kenyataan.... bagai dikata jauh perjalanan luas pemandangan...


Kami meneruskan perjalanan  dan sampai di satu pekan  bernama Kampong Cham (sumber yang boleh dipercayai). Pekan  ini merupakan ibu negeri bagi daerah kampong Cham. Pekan ini kecil sahaja dan memang sangat sederhana kehidupan masyarakatnya. Ia terletak di bahagian sebelah Timur Kemboja dan merupakan kota yang ketiga terbesar di Kemboja ini.  Lokasinya pulak terletak di persisiran Sungai Mekong yang terkenal itu. . (Sumber dari Pak Goggle).


"Tidak jauh lagi perjalanan ini ", kata pemandu pelancong kami, Akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu Masjid Al Aaehsan.... Kami sampai tepat masuk waktu zohor (sedang elok le tu)..

Masjid Al Aaehsan.
Masjid Al Aaehsan.
Kami sempat  solat berjemaah di sini...

Lain negara, lain budaya, lain bangsa tapi kita seagama.... indahnya Islam ini ...kita dipertemukan bagaikan bersaudara walaupun selama kini kita tidak pernah kenal antara satu sama lain... tapi kita tetap erat Ukhuwah kita tetap kental...Mudah-mudahan hubungan  yang kita pahat di sini tetap bersemi hingga ke Jannah...Aamiin..

Kediaman penduduk tempatan di kampung ini.

aku tak pernah berharap

pertemuan ini terjadi

tapi ternyata

Kuasa Allah untuk segala-galanya

(Terima kasih En.Kadir dan Pn.Hajah Baidah) 

dengan usaha kalian  berdua dapatlah dua bersaudara bertemu kembali... Maaf ya Pn.Sharifah apa yang dihajatkan oleh mu tidak kesampaian...kita hanya mampu merancang Allah menentukan


PERTEMUAN KITA DI SUATU HARI
MENITIKKAN UKHUWAH YANG SEJATI
BERSYUKUR KU KE HADRAT ILAHI
DI ATAS JALINAN YANG SUCI
NAMUN KINI PERPISAHAN YANG TERJADI
DUGAAN YANG MENIMPA DIRI
BERSABARLAH DI ATAS SURATAN
KU TETAP PERGI JUA
KAN KU UTUSKAN SALAM INGATAN KU
DALAM DOA QUDUS KU SEPANJANG WAKTU
YA ALLAH BANTULAH HAMBA MU
MENCARI HIDAYAH DARIPADA MU
DALAM MENDIDIKKAN KESABARAN KU
YA ALLAH TABAHKAN HATI HAMBA MU
DI ATAS PERPISAHAN INI
SENYUMAN YANG TERUKIR DI BIBIR MU
MENJADI INGATAN SEPANJANG WAKTU
TANDA KEMESRAAN BERSIMPUL PADU
INGAT KU DI DALAM DOA MU
SEMOGA ALLAH BERKATI MU

Comelnya Nur Husna dan Nur Husni ...
dipanjangkan usia mudah-mudahan kita berjumpa lagi..
Persaudaran kita tetap kekal abadi...

Mengalas perut di Local Restauran....

 Nasi ayam...




 Makan jangan tak makan...

Gambar yang sempat dirakam sepanjang perjalanan..


Pam minyak yang berberbeza harga
di  antara satu pam minyak dengan pam minyak yang lain 
Kira nasib le... 
Lagi satu...penumpang yang membonceng motorsikal tidak digalakkan  bertopi keledar hanya penunggang sahaja yang perlu menggunakan topi keledar....aneh tapi benar.
Pokok Kelapa Laut
Macam lebih muatan ni...Pak Polisi tak tahan pun..
Rumah kediaman penduduk Kampong Cham
Rumah tradisional Kemboja yang dah moden 
 (penghuninya agak mewah ni...)
Kalau orang Johor banjir sebegini dipanggil banjir'"termenung" entah bila surutnya..


Sekadar renungan......

Pelancong seharusnya menggunakan kesempatan untuk mencari sesuatu yang baik sebagai tujuan supaya dapat dilakukan atau ditiru di tempat sendiri. Islam menggalakkan umatnya menimba sebanyak pengalaman untuk dimanfaatkan ke arah memperbaiki diri serta kehidupan.
Falsafah ini dapat difahami daripada maksud hadis Rasulullah SAW yang menyuruh manusia menuntut ilmu walau di mana saja. Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak ilmu dan pengalaman dapat dikutip. Seperti kata pepatah, jauh perjalanan luas pengetahuan.
Wassalam

Bersabar ya....kita akan menekmati keindahan malam di Phnom Penh...

Peganglah kepada Moto:  Melancong adalah untuk explore sesuatu yang unik dan berbeza tentang tempat dan budaya orang lain.  Kalau nak habiskan masa tidur di hotel, lebih baik tidur dan berehat kat rumah aje... jadi nikmatilah perbezaan dan kelainan alam ciptaan Allah itu sepenuh-penuhnya disamping menghayati akan kebesaranNya




Cambodia oh Cambodia......

Kongsi pengalaman di tempat orang...
Bahagian 1

Assalamualaikum

Banyak juga negara yang sudah saya kunjungi   tetapi yang paling 'melekat'  dalam hati ini  adalah kenangan meneroka bumi Kemboja. Seribu satu perasaan yang menerpa dalam ingatan bila teringat akan negara nan satu ni. Sedih, insaf, lucu dan tak kurang juga perasaan hiba apabila terkenangkan kedaifan rakyat di sana, syukur rasanya menjadi rakyat Malaysia.

Kami berlepas dari LCCT  pada pukul 02:20 pm dan sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh pada pukul 04:00 pm..Seperti biasa pelancong yang memasuki negara Cambodia di wajibkan mengisi borang imigrasi berserta sekali borang pengistiharan barangan yang kita bawa masuk ke negara itu..Waktu di Phnom Penh adalah cepat sejam dari Kuala Lumpur dan waktu pagi serta malam di rasakan amat cepat berlalu..Susur keluar ke tempat letak kereta  terdapat banyak kaunter menjual SimKad, Pengurup Wang dan Agensi pelancongan..Mudah sahaja..


Papan kenyataan di LCCT KL 

Lapangan terbang  Phnom Penh

Kaunter Khidmat Pelanggan

Kami sekeluarga sempat merakam kenangan di Lapangan Terbang Phnom Penh

Bas sudah menanti kami...


Daripada Lapangan terbang dengan menaiki bas kami terus dibawa ke pangkalan bot di Tasik Tonle Sap.  Bersantai dalam bot selama sejam menyusuri Sungai Mekong. Untuk menyelami kehidupan antara manusia dengan penghuni sungai.



Sempat juga  merakam kenangan orang tiga beranak ni...
Yang berbaju kuning ni le pemandu pelancong kami
 En.Kadir beliau agak fasih berbahasa melayu.

Bot Pesiaran yang kami naiki.

Sungai Mekong adalah salah satu sungai terbesar besar di dunia. Antara 10 sungai terpanjang di dunia dan atara 7 di Asia. Panjang sungai  adalah 4.909 km (3.050 mi), dan luas 795.000 km2 (307.000 batu persegi). (Maklumat dari Pak Goggle)

Kepentingan Tasik Tonle Sap di Kampuchea:


(Ehsan dari Pak Goggle)

Tasik Tonle Sap di Kampuchea dikenali sebagai Tasik Besar, ia  merupakan sebuah tasik air tawar terbesar di rantau Asia Tenggara dan keempat terbesar  di dunia.
Pada musim kering, aktiviti menangkap ikan dijalankan oleh petani secara sambilan.
Tonle Sap juga menjadi destinasi para pelancong yang menaiki bot melalui Sungai Mekong.
Kegiatan menangkap ikan air tawar adalah kegiatan ekonomi utama penduduk.


Teruja juga sikecik tu menaiki bot menyusuri Tasik Tonle Sap


Di atas bot persiaran di Tasik Tonle Sap

Nenek oh nenek...

Bangunan  dipesekitaran tasik...

Pemandangan dipesekitaran tasik...

Kebanyakkan penghuni perahu di sini adalah penduduk  Kampuchea   yang beragama Islam
Perahu adalah tempat kediaman rasmi  mereka.


Di  sini tidak kenal erti stress , tidak menempuh kesesakan lalu lintas, tidak kenal erti pasaran saham terjun atau terjatuh. Tidak tahu sambungan internet. Tidak sempat bergajet. Kelangsungan hidup adalah dari hari ke hari, kebahagiaan sepontan, sederhana, dan singkat.
Itulah kehidupan mereka....


Setelelah selesai menaiki bot persiaran kami di bawa berkunjung ke pasar malam.Pasar Malam Phnom Penh terletak di tepi sungai Mekong  dan menawarkan pelbagai barangan seperti kraftangan Kemboja ,sutera kemboja, pakaian dan cenderamata.



Pererbezaan  dengan pasar malam  tempat kita hanyalah  terdapat pentas hiburan.

Anak-anak teruja juga dengan pasar malam di sini...

Pasar Malam dibuka setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad malam dari 05:00 petang 
hingga tengah malam. Pasar malam di sini  serupa dengan pasar malam di tempat kita. Selain daripada beraneka jenis barangan, makanan yang lebih banyak di jual dan langsung tidak sesuai untuk kita nekmati...


Pengunjung pasar malam...


Makan malam kami  di local restaurant

 Di Phnom Phen tempat makanan halal adalah 'terhad', jadi cari  tempat  penginapan hotel 
 berhampiran dengan kawasan yang ada  restoran  halal.   Atau  yang lebih baik bawalah bekal beberapa bungkus mee segerabiskut dan teh/kopi/milo segera.  Jenis-jenis segera ni kadang kala dapat  menyelamatkan kita dalam  keadaan genting...


Wenzhou Business Hotel

Kemudian kami terus balik ke hotel untuk melepaskan kepenatan bagi mengumpul tenaga 
untuk  program seterusnya esuk.

Wenzhou Business Hotel Phnom Penh - Premier Twin Room

Disinilah kami bermalam...
Wenzhou Business Hotel Phnom Penh - Television



Di antara menu yang terdapat di hotel ini...


Terima kasih Puan Hajah Baidah yang sanggup melayan kerenah kami anak beranak...
Di sebelah belaiu En.Hassan wakil pelancongan Cambodia..


Kaunter hotel...

Si cucu dah kepenatan...

Penat ke Pak Haji...?

Tak penat ke nenek...
Sekadar renungan bersama...

Ketika melancong hendaklah menjaga nilai murni sebagai orang Islam. Elakkan daripada terjebak dengan aktiviti tidak baik di tempat orang. Aktiviti pelancongan yang membabitkan perbuatan haram ditegah sama sekali. Kecelakaan dan kemusnahan menimpa diri mereka yang ingkar perintah Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” 
(Surah Ali Imran, ayat 112)
Ketika melancong, sudah tentu apa yang dilihat dan dialami tidak sama seperti di tempat kita. Allah Maha berkuasa menjadikan seluruh dunia itu tidak sama daripada segi bentuk muka bumi, iklim, tumbuh-tumbuhan dan kehidupan masyarakatnya.
Wassalam

Insya Allah akan bersambung di bahagian 2......(klik)