Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

14 November 2011

Majlis Perkawinan Anak saudaraku...

Selamat Pengantin baru.....

Pada 11.11.2011

pasangan Amirnursahid dan Nurasyikin

selamat dijabkabulkan....




Diantara tetamu yang hadir sepupu ku dari Berunai (Kak Anis)

lama betul tak bertermu beliau..

Sepupu perempuan pengantin



Aanak buah dari Kuala Lumpur






Salam hormat untuk nenda Hj.Ibrahim...




Selamat Pengantin Baru.....


Hari indah yang penuh bermakna telah belansung pada 11.11.2011.....tarikh keramat bagi pasangan sehati sejiwa di antara Amirnurrashid dan pasangannya Nurasyikin .Tepat jam 8.30 malam mereka telah selamat dijabkabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Mudah-mudahan rumah tangga yang mereka bina atas dasar cinta ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Berlangsungnya majlis ini dapat lah adinda ku Pn.Aidah dan Suami En.Ahmad menambahkan lagi ahli keluarganya. Mudah-mudahan mereka akan menjadi ibu dan ayah mertua yang dihormati dan disayangi menantu....amin...





Bergaya sakan
Pak long dan ipar-iparnya....




Mak Long dan Bik Nita






Anak dan menantu ku



Bersama Mak Long...



Memperagakan baju kuning.....



Nenek pengantin perempuan.....................




Datuk pengantin perempuan....







SELAMAT PENGANTIN BARU....
























a

06 November 2011

Terima kasih untuk sahabatku...

Jamuan KFC untuk murid Tahun 6...

Terima kasih buat sahabat ku Hajah Zeno kerana menjamu kami dan muri Tahun 6 2011....Semoga murah rezeki dan diberkati Allah dunia dan akhirat...amin...









Lawatan Penada Aras (Perak, Pulau Pinang dan Kedah)

Lawatan Penanda Aras...
Terima kasih kepada JPN Johor dan MP3P kerana menganjurkan lawatan penanda aras ke sekolah utara semenanjung pada 30 Oktober hingg 4 November....Pesrta terdiri daripada guru pemulihan Negeri Johor....Jika nak buat lawatan jangan lupa akak ya...En Shairan dan En.Sharizat.


Feri ke Langkawi..















































20 Oktober 2011

Rakan Baru....



Rakan sejawatan ......

Semakin hampir saat persaaran semakin banyak peristiwa berlaku, sama ada diundang atau tidak ia datang jua....Jika dulu ketika saya akan menamatkan perkhidmatan diusia itu pihak kerajaan menaikkan ke usia 56, sampai masanya dinaikkan pula ke usia 58....kini hampir umur ke 58 kerajaan menaikkan pula umur persaraan ke 60 tahun....hai entahlah......Ditengah -tengah kesibukan dengan persoalan 58 ke 60 saya dikejutkan dengan kedatangan guru baru untuk mengajar pemulihan khas dibawah program NKRA....Begitu cepat mereka menempatkan penempatan baru untuk menggantikan saya.....Betul ke untuk menggantikan saya atau memang dasar kerajaan setiap kelas Pemulihan akan di tempatkan dua orang guru, seorang guru Pemulihan dan seorang lagi Pemulihan Khas.....Benar kata rakan saya En.Atih sekiranya cikgu Pemulihan yang memiliki 'Rubber Stamp' yang tertulis Pemulihan Khas, perkataan khas nya hendaklah di padam, kerana khas itu bukan milik kita lagi.....itu milik rakan -rakan baru yang sama-sama duduk sebilik dengan kita....Mudah-mudahan rakan baru saya ini dapat menerima saya seadanya....