Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

21 November 2011

Sajak Untuk Ibu

Sajak Untuk Ibu

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.

Gugurnya Kelopak Itu...

Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.

Cekal hati mendidik daku,
Sabar murni melayan kerenah anakmu,
Tiada kedengaran sepatah keluhan,
Tiada kelihatan setitip kemarahan.

Kini mawar itu kian layu,
Perlahan dimamah arus usia,
Gugur sudah si ayu kelopaknya,
Hilang sudah lambaian daunannya.

Segamit memori ku kenangi,
Setulus kasih ku dambai,
Potret wajahmu ku tatapi,
Sebuah kehilangan yang tiada ganti.

Takwim cuti sekolah...

Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012 :

Semua Negeri di Malaysia


Jadual Cuti Persekolahan 2012 – Jadual Penggal Persekolahan 2012 – Cuti Sekolah 2012 – Cuti Umum 2012 – Pendidikan 2012 – Pelajaran 2012 – Takwim Persekolahan 2012 – Kalendar Persekolahan 2012 – Kalendar Cuti Sekolah 2012 – Kalendar Penggal Persekolahan 2012

Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012 :

Kedah, Kelantan dan Terengganu

Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012, Cuti Umum 2012, Cuti Am 2012,kalender cuti sekolah 2012,cuti sekolah untuk wilayah persekutuan,cuti sekolah untuk negeri melaka,cuti sekolah untuk negeri pahang,cuti sekolah untuk negeri sembilan,cuti sekolah 2012 untuk selangor,cuti sekolah 2012 untuk kedah

Takwim Persekolahan 2012, Kalendar 2012, Jadual Cuti Persekolahan 2012, Jadual Penggal Persekolahan 2012

JADUAL CUTI DAN PENGGAL PERSEKOLAHAN 2012 NEGERI KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU

Jadual Cuti Persekolahan 2012 / Jadual Penggal Persekolahan 2012 :

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

20 November 2011

Sahabat lama...............

Sahabat lama bertemu kembali....


Pada 18.11.2011 saya agak terkejut kerana mendapat panggilan telefon dari sahabat lama saya iaitu Pn.Kiah bt Uda Arus. Beliau ialah rakan saya semasa mengajar di Sekolah Orang Asli Cameron Highland. Masa kini beliau masih mengajar di tempat yang sama. Beliau menelefon saya untuk memberitahu kepada saya yang beliau berada di Johor Bahru, beliau menginap di Hotel Selesa Johor Bahru. Beliau ditugaskan untuk membawa pelajar bagi Karnival Sukan Murid-Murid Orang Asli Peringkat Kebangsaan.

Saya sungguh gembira kerana dapat bertemu dengan beliau dan mengimbau kembali kenangan manis semasa saya bersama beliau. Beliau adalah diantara anak Orang Asli yang berjaya di Malaysia ini. Saya amat kagum dengan semangat kental yang diperolehi beliau, disamping beliau sebagai ibu tunggal dengan menjaga anak seramai lapan orang tetapi beliau masih mampu meneruskan penanaman limau nipis secara besar-besaran di kampong beliau.

Terlanjur saya diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa beliau kembali ,saya tidak melepaskan peluang untuk berjumpa di Hotel Selesa dan membawa sekejap ke teratak kami...Saya rasa terkilan kerana tidak dapat melayan beliau dengan sempurna disebabkan kekangan masa yang amat padat bagi beliau. Semoga dilain masa dan ketika dan diizinkan oleh Allah kita pasti berjumpa lagi....

Pn.Kiah bt Uda Arus

Di Hotel Selesa Johor Bahru...




Sahabat lama bertemu kembali.....

Sahabat lama

19 November 2011

Majlis Graduasi Tahun 6 SKTJJ2...2011



Majlis Graduasi....

Pada 15 Oktober 2011 majlis Gruaduasi Tahun 6telaha diadakan....Majlis ini diadakan untuk julug kali bagi sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya . Tahniah dan syabas untuk Pn.Masnah binti Hamid selaku Guru Besar SKTJJ2 kerana menyarankan agar majlis ini diadakan.Tahniah juga kepada Penyelaras Tahun 6 dan semua guru tahun 6 kerana telah bertungkus lumus bagi menjayakan majlis gilang gemilang ini....Mudah-mudahan usaha murni ini akan dapat diteruskan...



Berasam sahabat ku selaku Penyelaras Tahun 6


Melaram...
Nak pakai jubah sendiri kempunan le....tapi ambil berkat jubah anak murid...

Bersama Guru Besar dan Bariasan GPK serta guru Tahun 6 2011

Persembahan murid...

Penerima anugerah...



Barisan GPK dan Guru Besar

Saya, Liana dan gurunya...Pn.Ramilah (Pn.Ramila guru Liana semasa sekolah rendah sekarang dah jadi rakan sejawatan) masa cepat berlalu....Liana pula rakan sebilik guru Pemulihan Khas...