Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

22 Disember 2011

Kongsi pengalaman fasa 4

BERCUTI DI NEGARA ORANG....

Bandaraya Saigon








Pejabat Pos


Bandaraya saigon dihiasi dengan lampu neon warna warni menjelang hari Natal.


















Pam minyak








Jalan raya dimonopoli dengan motorsikal

Tiada kesesakan dengan kenderaan lain.








21 Disember 2011

Kongsi pengalaman fasa 3

BERCUTI DI NEGARA ORANG....

Semasa di dalam penerbangan masing-masing melayan perasaan sendiri. Saya sempat merkamkan pemandangan dari pesawat untuk kenang-kenangan.



Pemandangan di lapangan terbang Kuala Lumpur

Pemandangan dari udara di sekitar Kuala Lumpur







Indahnya ciptaan Allah.

Selamat tinggal Kuala lumpur.




Pemandangan dari udara di sekitar bandaraya Saigon, Vietnam.




Sungai Mekong


Lengkaran sungai Mekong



Sawah padi










Terbakar ke?


Macam terbakar..tapi tak taulah pulak...


Asap terbakar terus jadi awan (itu yang saya nampak)

Penempatan yang padat




Bandaraya Saigon


Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya tumpang mandi
Kalau ada umur panjang
Boleh saya rakam lagi.

Kongsi pengalaman fasa 2

BERCUTI DI NEGARA ORANG....

Sebelum mengkhiri cuti sekolah musim ini kami sempat berkunjung ke negara Vietnam. Kali ini kami bercuti sekeluarga termasuk kedua-dua menantu kami. Turut serta adik saya dari Singapura sekeluarga serta bapa dan ibu saudara saya. Kami ke Vietnam bersama Fa Izin International Travel & Tour Sdn.Bhd.





Sekali sekala melancong ke negara orang memang seronok
lebih-lebih lagi bersama keluarga tersayang.
Mudah-mudahan dilain ketika jika di izinkan Allah akan kami kunjungi negara lain pulak
untuk menimba pengalaman.
Bak kata pepatah melayu jauh perjalanan luas pemandangan.



Masih di lapangan terbang Kuala Lumpur.





Hjh. Mahaya & Hj.Ahmad serta Hj.Abdul Ghani & Hjh.Jamilah
(Pertemuan yang tidak dijangka diantara pasangan ini)

Masih ada yang belum beres ke...




Selamat bercuti untuk kami sekeluarga.

KONGSI PENGALAMAN.... Fasa 1

Bercuti di Negara Orang....


Mengenali negara Vietnam....

Vietnam



Sejarah Vietnam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menurut legenda, sejarah Vietnam bermula sejak lebih 4,000 tahun. namun begitu, sumber-sumber boleh dipercayai yang ada menunjukkan bahawa sejarah Vietnam bermula sejak 2,700 tahun dahulu. Bagi kebanyakan zaman mulai 111 SM hingga abad ke-10, Vietnam diperintah secara langsung oleh dinasti Chinaautonominya pada awal abad ke-10, diikuti kemerdekaan sepenuhnya pada tahub 938 M. Sepanjang kebanyakan sejarahnya, Vietnam masih menjadi negara ufti kepada jirannya yang lebih besar iaitu China, dan menolak cubaan berulang oleh China untuk menyatukan semula Vietnam sebagai sebahagian wilayah di bawah pemerintahan diraja secara langsung. Lebih-lebih lagi Vietnam mampu menangkis tiga cubaan serang oleh orang Mongol ketika Dinasti Yuan, apabila China diperintah Mongolia. Namun, raja pada masa itu, Trần Nhân Tông, kemudiannya mengaku dirinya dengan aman sebagai pengufti kepada pemerintah Yuan untuk mengelak konflik daripada berterusan. Zaman kedaulatan ini terhenti pada pertengahan hingga akhir abad ke-19, aapbila negara dijajah oleh Perancis. Ketika Perang Dunia II, Empayar Jepun mengusir pihak Perancis untuk menduduki Vietnam, meskipun pada masa yang sama mengekalkan pentadbir Perancis ketika pendudukannya. Setelah berakhirnya perang, Perancis cuba menguasai semula Vietnam namun akhirnya gagal. Perjanjian Geneva membahagikan negara menjadi dua dengan janji pilihanraya demokratik untuk menyatukan semula negara. yang berturut-turut. Vietnam meraih kembali

Bagaimanapun, penyatuan semula secara aman tidak menjadi kenyataan, sebaliknya pembahagian ini membawa kepada Perang Vietnam yang, bergantung kepada perspektif individu, merupakan sama ada perang saudara atau sebidang medan pertempuran dalam konflik ideologi sedunia yang berterusan ketika itu, iaitu Perang Dingin. Ketika itu, Vietnam Utara disokong oleh Republik Rakyat China dan Kesatuan Soviet, manakala Vietnam Selatan disokong Amerika Syarikat. setelah berjuta-juta nyawa rakyat Vietnam dan pengunduran pihak Amerika dari Vietnam pada bulan Mac 1973, perang berakhir dengan kejatuhan Saigon ke tangan Vietnam Utara pada April 1975. Vietnam yang disatukan semula itu seterusnya mengalami penindasan dalaman dan kemudian dipinggirkan oleh komuniti antarabangsa kerana Perang Dingin yang berterusan dan serangan Vietnam terhadap Kemboja. Pada tahun 1986, Parti Komunis Vietnam mengubah dasar ekonominya lalu memulakan pembaharuan sektor swasta yang seiras dengan apa yang dilakukan di China. Sejak pertengahan 1980-an, Vietnam menikmat pertumbuhan ekonomi yang cukup besar dan sedikit pengurangan dalam penindasan politik, namun laporan mengenai korupsi turut menjadi-jadi.