Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
Assalammualaikum...
19 Mac 2012
13 Mac 2012
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
| Kelas: Masa: Matapelajaran: | Kandungan | Impak/ Catatan | ||||||||||
| Bahasa Melayu | Tajuk: Kem 1- Huruf kecil Objektif : Murid boleh mengenal dan menyebut huruf kecil secara turutan dan secara rawak. Aktiviti : 1. Murid menyanyi lagu abjad. 2. Menyebut abjad a – z dari carta abjad bergambar (MSP) 3. Menulis huruf di udara, di atas meja, dan di belakang kawan. 4. Membentuk huruf daripada plastisin atau tanah liat mengikut urutan. 5. Mencari huruf yang tersembunyi dalam gambar dan warnakan. 6. Menyalin semula huruf-huruf yang telah diberi. Contoh:
7. Lembaran kerja: Kump. A - lengkapkan huruf. Kump. B - sesuaikan huruf awal dengan gambar. Kump. C – salin huruf. 8. Permainan Bahasa – Cari saya BBM: Carta abjad (MS PowerPoint) Plastisin/tanah liat Kad gambar huruf tersembunyi Lembaran kerja | |
Pertandingan sahibba....

OBJKTIF
· Meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
· Menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah dalam membina kosa kata dalam bahasa Melayu.
· Meningkatkan penguasaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.
· Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa Melayu.
SYARAT PENYERTAAN
(i) Peraduan ini terbuka kepada semua sekolah menengah dan sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.
(ii) Bagi peringkat menengah peserta hendaklah terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2, atau 3. Bagi peringkat rendah peserta hendaklah terdiri daripada murid Tahap Dua.
(iii) Setiap sekolah boleh menghantar dua orang peserta (digalakkan seorang lelaki dan seorang perempuan daripada pelbagai kaum).
(iv) Pemilihan peserta ke Peringkat Kebangsaan dibuat berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Pertandingan Peringkat Negeri yang diuruskan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri. Johan, Naib Johan, dan Ketiga pada Peringkat Negeri layak mewakili negeri ke Peringkat Kebangsaan bagi setiap kategori.
KATEGORI PERTANDINGAN
Terdapat dua kategori pertandingan:
(i) Kategori Sekolah Menengah
(ii) Kategori Sekolah Rendah
PENGHAKIMAN
· Setiap meja akan ditempatkan seorang hakim yang akan dibantu oleh seorang penjaga masa.
· Dua orang juri akan dilantik untuk membuat keputusan terhadap sebarang pertikaian.
· Keputusan panel hakim adalah muktamad.
HADIAH YANG DITAWARKAN
Hadiah Pemenang
· Hadiah yang disediakan untuk para pemenang peraduan ini, mengikut kategori masing-masing adalah seperti yang berikut:
Kategori Sekolah Menengah
Hadiah-hadiah bagi kategori ini diberikan kepada peserta yang berkenaan.
HADIAH
Hadiah pertama : Wang tunai RM250.00 dan sijil.
Hadiah kedua : Wang tunai RM200.00 dan sijil.
Hadiah ketiga : Wang tunai RM150.00 dan sijil.
Hadiah sagu hati (9) : Wang tunai RM100.00 dan sijil
PERATURAN STANDARD PERMAINAN SAHIBBA
UNTUK PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH ANJURAN
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENGENALAN
1. SAHIBBA ialah permainan jalin kata untuk dua hingga empat orang. Setiap pemain beradu untuk membentuk perkataan secara silang kata dengan menggunakan jubin berhuruf dan mengaturkannya di atas papan permainan dalam kedudukan yang menguntungkan. Objektif permainan adalah untuk mendapat markah tertinggi.
2. SAHIBBA untuk pertandingan ini dimainkan dengan menggunakan perkataan dalam bahasa Melayu.

