Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

30 Mei 2013

Menimba pengalaman di tempat orang.

Jauh perjalanan luas pemandangan...

Assalammualaikum WBK…

Kalau diberi pilihan untuk melancong ke Jakarta atau Bandung,agak-agak mana satu pilihan anda?.Jakarta adalah ibu negara Indonesia manakala Bandung adalah salah satu bandar yang popular di Indonesia. Destinasi kami ialah Jakarta Puncak Bandung.
Secara jujurnya saya akan memilih Bandung kerana Kota Bandung macet(kesesakan)nya tidak separah Jakarta.Kebanyakan barang-barang yang ada di Jakarta boleh didapati dengan mudah di Kota Bandung.Cuaca di Bandung agak sejuk berbanding Jakarta.
Apa yang menarik di Bandung adalah tempat melancong dan juga pusat membeli belah.Dari tempat membeli belah mewah seperti Paris Van Java sehinggalah ke Pasar Tradisional,semuanya ada di Bandung.Soal harga ianya murah jika kita pandai tawar menawar.
Semasa berada di Bandung hanya 3 tempat menarik yang sempat kami berkunjung,memandangkan waktu yang sangat terhad,jadi kami hanya singgah ditempat-tempat yang popular.
Hari pertama kami berkunjung Puncak Bandung dan sempat singgah di Safari…Hari kedua  kami  ke Bandung dan hari ketiga kami  ke Tangkuban Perahu,tempat ini adalah kawasan pergunungan gunung berapi yang tidak aktif ,kesan letusan masih boleh dilihat dengan jelas.Hari keempat kami ke Jakarta dan berabgkat pulang ke Malaysia. 


Dalam perjalanan....



Kami berlepas dari lapangan terbang Kuala Lumpur.


Di dalam pesawat

Sampai di Jakarta...

Tiba di Lapangan Terbang Soekarno - Hatta Jakarta




Lapangan terbang  Soekarno - Hatta Jakarta


Perjalanan menuju ke Puncak...

.



Menaiki bas Pariwisata  dari kota Jakarta menunju ke Puncak melalui Tol Cipularang



Pemandu pelancong kami Pak Agus yang peramah orangnya.



Makan tengah hari  di Rumah Makan Sunda


Membasah tekak dengan kopi 'Luwak' yang sedap..



Hanya iklan...(Sop Buntut " Sop ekur" sebenarnya...)


Taman Safari Indonesia




keret untuk makanan penghuni Safari...

Rumah Makan (Restoran)..




Gurame terbang...


Guramee bakar


Sambal belacan menu wajib kat sana....


Berselera menekmti ikan guramee terbang...


Kami berenam sempat sambut ulang tahun kelahiran....
chewah...siapa sangka sambut kat luar negara...


Menekmti hidangan tengah hari..

.Bukan sahaja dihidangkan makanan tempatan tetapi kepuasan mata disegenap tempat makan juga diberi perhatian penting bagi membuka selera. Itu la keistimewaan kedai- kedai makan disekitar puncak yang memberi sentuhan alam semulajadi sebagai tempat melepaskan penat perjalanan menuju ke Puncak



Perjalanan yang meletihkan tapi puas dengan keindahan alam yang mengamit setiap mata yang memandang. Jauh disudut hati ingin aku berkongsi setiap pengalaman dan kepuasan di dalam bentuk gambar gambar yang mungkin menarik perhatian setiap kita untuk menikmati keindahan itu. Itu la Puncak..




Ladang teh menuju ke Puncak...
Keindahan Puncak boleh di abadi dengan pemadangan ladang teh yang luas mata melihat.
Itu la Puncak


Bermalam di  Suria Indah di  Puncak ...



Penjual jalanan berada di mana-mana...


Tangkuban Perahu



Tangkuban prahu merupakah salah satu tempat pelancongan yang terkenal di Indonesia. Gunung tangkuban prahu terletak di Bandung Jawa barat. Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik.








Ada beberapa kes menarik berlaku ketika kami sampai di puncak bukit.Setiba kami di sana,kami disambut oleh penjual cenderahati.Bukan seorang malah beberapa orang yang menawarkan cenderahati.Lawatan kami agak terganggu kerana mereka ini asyik menawarkan cenderahati tanpa henti.
Mereka ini sangat peramah,mereka sedia mengikuti kita kemana sahaja selagi kita tidak membeli jualan mereka.Pada saya mereka adalah peniaga,tetapi jangan sampai menganggu orang ramai dengan memaksa membeli barangan mereka.Terus terang saya katakan,saya memang tidak selesa dengan mereka.
Harga yang mereka tawarkan lebih mahal dari biasa kerana pada tanggapan mereka orang Malaysia semuanya kaya-kaya dan banyak duit.Untuk rakan yang hendak bercuti kesana berhati-hatilah.Kalau boleh tawarlah harga separuh dari harga yang mereka tawarkan atau beli saat anda hendak pulang,saya pasti harga lebih murah yang akan ditawarkan oleh mereka.




Dimana ada gula disitu ada semut. Dimana ada tempat tumpuan pelancong disitu ada peniaga jalanan. Memang menjadi kebiasaan tetapi perlu berhati hati dan perlu pandai tawar menawar. Gelagat mereka kadang kadang menlucukan tetapi itu la salah satu usaha mencari rezeki. Bersyukur la kita diberi rezeki yang baik.


Hutan Catang Malang



Hutan Catang Malang berada di Desa Wargajaya dan Desa Sukawangi, Kecamatan Sukamakmur, Kabupaten Cianjur.







Sari Ater Hot Spring








Tempat-tempat  Shoping di Bandung dan Jakarta

..


Bandung memiliki banyak factory outlet. Rumah Mode adalah salah satu factory outlet 
di kota Bandung yang paling ramai dikunjungi. 


Pasar Baru antara lokasi paling popular bagi warga Malaysia bershopping sakan, penuh beg ditangan, cuba sekadar mengingati kepada mereka yang baru pertama kali atau dah berkali kali pun kena juga, penyeluk saku ramai di sini, pastikan pak Joko  ada berdekatan, mereka tak berani sekiranya ada warga  tempatan bersama kita. 





Di Kota Jakarta..




Menara Monas  mercu tanda ini terletak di tengah -tengah Kota Jakarta.Nak masuk kena bayar lebih kurang IDR 7800. Tugu Monas ni tingginya 137 meter. ia adalah simbol perjuangan Indonesia untuk  mendapatkan kemerdekaan. Pembinaannya bermula semasa era pemerintahan Sukarno iaitu pada tahun 1961 dan siap pembinaanya semasa era pemerintahan Suharto, 1975.
Jika tidak silap diatas menara tersebut terdapat emas seberat 50 kilo…




kenderaan comel ….salah sebuah pengakutan di Kota Jakarta. 

Berangkat pulang ke Malaysia...




Insyallah ....Hingga ketemu lagi di lain destinasi....

21 Mei 2013

Selamat Hari Guru 2013...


Selamat Hari Guru...

Hari Cikgu, Pendidik, Guru, Teachers , Ustaz, Ustazah, Murabbi , Sheikh, Sifoo dan semua yang sudi berkongsikan ilmu dengan kita sepakat dirai di Malaysia pada setiap 16 Mei. Kerja Cikgu memang sukar, namun yang penting kita ikhlas untuk membantu membentuk ummah terbaik. Tak semua insan diberi kesempatan dan dipilih menjadi guru, ia amanah yang sangat besar.

Saya  mengucapkan TERIMA KASIH untuk kedua ibubapa, semua guru-guru Sekolah Kebangsaan Murni Pok Tahun 1960 -1966-, Sekolah Menengah Gelang Patah 1967-1971 ,  Johore Tutorial Collage,Ustaz Ustazah di Sekolah Agama Murni Pok,  serta Pensyarah Maktab Teknik, Cheras, Kuala Lumpur. Semua kenalan dan sifoo praktikal serta di alam perkerjaan dan kehidupan . *Tabik hormat dan cium tangan*
















Warga SKTJJ2











SELAMAT HARI GURU... 
Andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya....Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. Tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga...Andai rebah, bangkitlah semula, andai terluka, ingatlah AmanahNya... SELAMAT BERJUANG...





20 Mei 2013

Bila dah jadi Datuk dan Nenek...




Pesan Datuk Nenek

Pesan datuk nenek
peliharalah bumi warisan ini
jangan dijajahi lagi.

Pesan datuk nenek
hanya obor keilmuan terokai pendakian
bina nusa bangsa.

Pesan datuk nenek
usaha ditanya masih
adakah bonus hujung tahun ini
janji-Nya masih ada ganjaran
yang lebih lumayan menanti
pada esok hari.

Pesan datuk nenek
keringat yang tumpah menjadi ibadat
jangan ada amanah
yang terlerai dari pundak
jangan merasai tidak pernah genap
lalu minta disuap.

Pesan datuk nenek
jagailah dusunmu kerana hanya itu saja
satu-satunya warisan peninggalanku
pagarilah agar tidak dicerobohi
kelak kamu tidak menjadi fakir
di dusunmu sendiri
menagih sesuap nasi
mengharap belas simpati.


ISMAIL AWANG
Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu
(Ehsan dari Pak Goggle....)




Bila dah jadi datuk dan nenek inibanyak bezanya....
No 1...Dah tua.
No 2................?



Bersama anak didkku..


Bersama anak didikku sayang...

SELAMAT HARI LAHIR

sekian jauh perjalanan hidup ini
ada duka, ada sengketa
ada gembira, ada ceria
yang selalu menemani
setiap inci langkah perjalanan hidup ini
tanpa adanya terbit rintihan kekeluhan

langkah demi langkah disusuri
mencari janji yang terlepas
dalam genggaman sewaktu dilahirkan
saat demi saat berdetik menjangkau kedewasaan
mematangkan pemikiran
mendewasakan pandangan
hari demi hari dilalui
bersama ribuan ragam
celikan mata para dikma
sehingga menemukan hari yang dinanti
hari ulang tahun kelahiran ini

berdoalah didalam hati
sertakan dengan niat yang suci
iringkanlah dengan kalimah yang suci
agar hidup sentiasa diredhai ilahi

padamkan segala kedukaan
sirnakan segala kepiluan
kuburkan segala kesedihan
malapkan segala kebingungan
dan gantikanlah semua itu dengan
sebuah kebahagiaan
kebahagiaan yang mendatangkan keceriaan

semoga dihari mendatang, kebahagiaan menemani ku
SELAMAT HARI LAHIR

Kelasku...







Syukur alhamdulilah...rakan-rakan meraikan majlis kami...









Bahagianya mereka....










Bahagianya mereka





Berebut nak pasang lilin...



Mudah-mudahan jika ada rezeki dan panjang usia kita jumpa lagi ya sayang...