Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

24 Mac 2014

Karnival Bahasa Melayu 2014.

  19.Mac 2014

Majlis perasmian Pelancaran Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah telah dirasmikan dengan jayanya oleh Puan Guru Besar SK Taman Johor Jaya 2 pada 19 Mac 2014 ( Ahad) Puan Masnah binti Hamid.Karnival Bahasa ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu .Sepanjang Minggu Bahasa  Melayu ini, semua murid dikehendaki  menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan mengikut tahap yang ditentukan.

Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan makbulkan
 


Pengacara majlis...


Pengendali PA Sistem... Terima kasih Cikgu Yusuf dan Usataz Nasaruddin



Guru Besar menyampaikan watikah Perasmian.



Sebagai tanda perasmian pelancaran dengan memotong pulut kuning...


Pulut kuning tidak boleh dipisahkan sebagai simbolik budaya orang melayu..
(Cantik tak...hisan si pulut kuning hasil sentuhan penulis blog ini... 
chewah...ada yang berhajat nak menempah))


Sebagai cenderamata....




Bungan telur untuk semua guru SKTJJ2



Puan Maznah bin Main menyampaikan cenderamata 
untuk Puan Guru Besar Pn.Masnah binti Hamid
Terimalah ia sebagai satu kenangan abadi dari kami....

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.


Barisan pentadbir SKTJJ2...




Hasil usaha Ketua Panitia Bahasa Melayu  Pelancaran Minggu Bahasa
 berlangsung dengan gilang gemilang penuh dengan adat istiadat melayu...tahniah...




Terima kasih kepada AJK Persatuan Bahasa Melayu 
serta pasukan kompang SKTJJ2 kerana telah berjaya
memeriahkan majlis ini.


Warga Pendidik SKTJJ 2 2014...



Teruskan senyuman mu...


Sendirian....



Tiada yang sudi ....biarlah sendiri....



Sama cantik sama padan...baju sepasang sehati sejiwa...


Ini juga sehati sejiwa...



Seronoknya mereka .....Kerana mu
Kami berada disini....sayang kamu...






Hasil penat lelah kami telerai sudah....



                                              Bunga layu di dalam taman,
Bunga ditanam di kawasan gurun;
Warisan Melayu jangan ditinggalkan,
Menjadi kebanggaan turun-temurun.

Menabur jasa tidak dipinta,
Untuk membela kedudukan diraja;
Berbudi bahasa amalan kita,
Walau berada di mana jua.

Ranting kayu jatuh melata,
Buah peria pahit terasa;
Bahasa Melayu bahasa kita,
Gunakan ia sepanjang masa ....



07 Januari 2014

Desa Permai..

Terkenang kampung halamanku...

Kampung Halaman
Walau aku jauh darimu
Tapi aku akan selau ingat padamu
Kaulah kampung halamanku
Pelipur lara hatiku
Ladang tempatku bermain
Senda gurau bertawa ria
Mengiringi hari - hari
Terlepas rasa iri dengki
Sedih rasanya tinggalkanmu
Ingin menetap tak jauh darimu
Namun cita - cita memaksa
Rezekiku bukan di sini
Oh kampung halaman tercinta

Kau tak kan kulupa

lagu ini khas buat kak long Aisah Ibrahim terkenang kampong Pok Besar
Daripada Buhari Kamin dan isteri Pn.Jamilah serta anak-anak...

Terima kasih kak long ucapkan atas ingatan kalian..


Di sinilah aku dibesarkan...


Teringat zaman kanak-kanak....Tempat kami 'berkubang'  lepas balik sekolah...
seronoknya berenang di sini....dulu sungai ini tidak tercemar...

Oh kampungku

Desir angin kurasa di pagi ini
Hanya hamparan sungai yang kupandang
Menerawang jauh kedepan sana

Teringat ku akan indahmu
Di kala dulu aku bersama
Menghabiskan hariku di dalam sungai ini

Kini, aku harus menunggu untuk kembali
Kepada indahmu yang hampir terlupakan
Namun waktu itu pasti akan tiba
Saat aku melepas rindu 
Bersama kampung halamanku
Namun kini wajahmu tercemar...wahai sungaiku
Itulah arus pembangunan dikampung kita....
Dulu airmu jernih,,,
Sejernih hati ini..


Pengakalan nelayan...(seronok makan ikan segar..ketam segar...)
Air pasang...


Tebing sungai dah mula runtuh...

Air surut... sungai tak cantik...

Jauh sudah kaki ini melangkah,
Teringat akan kampung halamanku
Membuat hati makin gundah.
Hanya ingatan yang kian menjadi,
Saat kerinduan itu datang.
Kampung tercintaku,

Tunggulah aku pulang.

Kemanapun aku pergi,
Bayang-bayangmu mengejar.
Bersembunyi dimanapun,
Selalu aku  kenangkan
Kampung halaman ku sendiri

(Istimewa  buat sahabat-sahabatku yang pernah berkunjung ke Kampungku khasnya 
ke teratak kami, Kami nantikan kedatangan kalian sekali lagi ) .....
Terima kasih kepada En.Buhari Kamin,Pn.Hawa Jalil,
Pn.Zaleha Mohd Yatim, Pn.Junaidah Samuri ...Masihkah kalian ingat .......
En.Atih juga pernah berkunjung ke kampung kami tetapi beliau tidak dapat mengecam yang mana satu rumah kami jika berkesempatan sudikan lagi bertandang ke kampung kami)..