-->
Jika anda popular pada saat ini, ingat saat ketidakpopularan.
Jika anda sihat waktu ini, ingat waktu sakit yang boleh datang dengan tiba-tiba.
Jika anda tergolong dalam golongan orang berada, ingat saat ketidakberadaan.
Kesemuanya boleh datang dengan tiba-tiba.
Kebahagian yang kita nikmati hari ini boleh pergi dalam sekelip mata.
Kesihatan yang kita nikmati hari ini boleh berubah pada esok pagi.
Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti.
Maka itu, usah terlalu susah hati jika anda tidak popular, mungkin anda menikmatinya.
Jangan terlalu susah hati jika sakit, esok mungkin anda sembuh.
Jangan terlalu kecewa dengan kemiskinan, esok mungkin anda berada.
Usah sangka wajah yang cantik itu tiket untuk berasa bahagia.
Sama sekali tidak, sebab kecantikan boleh pergi biar bagaimana dijaga.
Dalam hidup ini adakalanya kita begitu mencintai,
terlalu menyayangi,
amat merindui hinggakan terasa tak mahu kehilangannya.
Hinggalah satu saat kita rasa tiada apa-apa rasa lagi terhadapnya
walau rasa untuk membenci, meskipun hati kita pedih terluka.
Dalam hidup ini, kita kena akui ia satu pertandingan.
Ada kalanya kita menang ada kalanya kita kalah.
Kita tidak sentiasa menang dan kita tidak sentiasa kalah.
Ada kalanya kita berlari jauh meninggalkan pesaing,
ada kalanya kita jauh ditinggalkan mereka.
Dalam hidup ini, kita kena akui bahawa kita adalah pelakon
yang tidak pernah tahu skripnya.
Kita boleh memilih untuk menjadi hero atau heroin
tetapi
kita tak pernah tahu bagaimana penyudahnya.
Dalam dunia yang nyata, hero dan heroin tidak semestinya berakhir dengan kemenangan,
adakalanya terus jatuh dan terus jatuh.
Kejatuhan bukan penghujung dunia.
Ia skrip untuk menyedapkan jalan cerita.
Setiap cerita tanpa tragedi adalah kisah yang sangat hambar.
Bukanlah kita mengharapkan bencana,
tetapi
jika bencana datang itu masih boleh membahagiakan diri kita...

Saya selalu mengikuti blog C Aisah. Setiap hari, sama ada di update atau tidak.
BalasPadamHari ini saya buka/baca di Cameron Highland. Satu tempat yang pernah meninggalkan kenangan manis C Aisah. Dalam perjalan naik (melalui Tapah) setiap kali melihat/terjumpa rumah-rumah orang Asli saya akan teringat pahit maung yang C Aisah lalui di mana saya sendiri tidak pernah merasainya.
Sebenarnya Kak Ipar saya tinggal di Puncak Acapella (tak taulah sama ada ejaannya betul atau tidak). Dia juga mengusaha Chalet. Saya memang selalu ke mari.
Berbalik catatan C Aisah kali ini, saya baca dengan teliti. Sedikit sebanyak hal-hal yang C Aisah tuliskan itu telah dan sedang saya lalui.
Pengajaran di sebalik tulisan itu ialah: kita jangan sombong dan meninggi diri serta menganggap kita lebih hebat dari orang lain.
Biarlah orang membenci kita asalkan kita tidak membenci orang lain. Setiap manusia memang ada kelemahan (kesilapan memang tidak boleh dielakkan kerana kita makhluk yang lemah). Oleh itu jika saudara kita (kawan / sahabat / rakan atau apa sahaja yang kita panggil)telah melakukan kesalahan, maka kita perlu maafkan dia.
Dan saudara yang baik ialah, saudara yang menyembunyikan keaiban saudaranya yang lain.
Maaflah C Aisah, saya kalau menulis (termasuk kalau bercakap, memang susah nak berhenti). Lagi pun saya lihat tak ada orang yang buat komen/ulasan di blog C Aisah (kecuali di ruangan 'pesanan'). Mungkin mereka tidak tahu cara-caranya.
Tanah Rata, C Highland.
Terima kasih En.Atih... Saya ucapkan selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 29 pada hari ini .Semoga En.Atih dan isteri akan bahagia hingga ke akhir hayat.....
BalasPadam