Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

12 April 2010

Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu, Mengajar Tidak Lesu:

Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan
bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muridnya.
Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' satu
pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai
pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai
suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau menyalahkan
keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping
berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak
akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng,
banyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas
dan tanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau
selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-
ciri 'orang malas' ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan
penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh.

Petikan Ucapan Cikgu Hamzah bin Mohamed ( Tokoh Guru Daerah Maran, Pahang )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan