Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

12 November 2010

MANUSIA MUDAH LUPA.

MANUSIA MUDAH LUPA.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepada Nya, kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripada Nya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya. ( ar-Rum:33 )

HURAIAN.

Jiwa manusia yang tidak berpegang dengan nilai-nilai yang kukuh dan tidak berjalan di atas jalan agama yang terang digambarkan oleh al-Quran sebagai terumbang-ambing di antara pelbagai emosi yang mendadak di samping sifat terburu-buru dalam menangani permasalahan hidup.

Memang menjadi lumrah manusia apabila ditimpa dengan sebarang ujian seperti kesakitan, kemalangan, bala bencana dan sebagainya akan bersegera kembali kepada Allah dengan memanjatkan doa kepada Nya.

Pada masa itu, barulah mereka akan bersungguh-sungguh melaksanakan ibadat, menangis dan merayu serta memohon keampunan kepada Allah SWT.

Namun apabila diberi kenikmatan dan kemewahan hidup, segelintir manusia mudah lupa, leka dan lalai daripada mengingati Allah.

Hal ini terjadi kerana lemahnya iman seseorang dalam memahami konsep qada dan qadar yang ditetapkan oleh Allah.

Justeru umat Islam disaran agar sentiasa reda dengan segala ujian di dunia, dan bersyukur dengan segala nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

KESIMPULAN.

Umat Islam dianjurkan agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam setiap masa sama ada ketika susah mahupun dalam keadaan senang.

Bersyukur semasa diberi nikmat dan bersabar semasa ditimpa musibah merupakan sifat yang harus ada dalam setiap umat Islam.

Sumber:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan