Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

08 Oktober 2011

Bersara umur 60.....

Entahlah.....

Aduh....layakkah aku bersara di usia begitu,,,,,,,,adakah aku masih mampu menggalas tugas yang diberi....adakah larat kaki ini menaiki dan menuruni tangga saban hari.....

Tidakkah aku hanya digelar sebagai insan mengejar wang, pangkat dan nama....

Bila dikenang aku masih berminat meneruskan profesion ini....bagi ku ia masih kental sebagaimana langkah pertama ku melapor diri kira-kira tiga puluh tahun dulu.....

Itu perasaan ku.....hakikatnya mampukah aku? Sedangkan sebahagian rakan-rakan seangkatan ku dah lama meninggalkan profesion ini..............Wahai sahabat ku berikan pandangan ikhlas buat ku....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan