Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

10 Januari 2012

Bermulanya Kelas Pemulihan 2012..

Kelas dah bermula.....

Selain guru pendidikan Khas, golongan pendidik yang perlu kita kagumi ialah guru pemulihan (GP) kalau dulu guru pemulihan khas (GPK) sekarang tinggal GP yang khas dah diambil alih oleh guru pemulihan khas Linus. GP adalah pendididik yang istimewa kerana mereka mendidik murid yang istimewa juga. Mereka juga beruntung kerana dapat melaksanakan usaha untuk mencelik hurufkan murid istimewa yang dikenali sebagai murid pemulihan.

Tugas sebagai GP penuh dengan kekangan, cukup mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. GP memerlukan kesabaran yang amat tinggi. GP perlu menumpukan perhatian yang istimewa kepada murid secara individu. GP juga menggunakan banyak masa melakukan persediaan sebelum masuk bilik darjah.

Saya yakin , setiap GP mempunyai hasrat yang amat tinggi untuk melihat murid mereka menguasai a-b-c dan kembali ke kelas Perdana. Untuk mencapai hasrat itu , mereka melakukan berbagai-bagai usaha . Antaranya termasuklah mencari jalan untuk memahami murid, keluarga dan persekitaran murid. Tidak ketinggalan, pelbagai pendekatan , kaedah dan teknik mereka gunakan untuk mencelikhurufkan murid.

Pihak berwajib menilai penat lelah GP sama seperti guru biasa. GP tidak menerima elaun kritikal seperti yang diterima oleh guru pendidikan khas. Mereka juga tidak menekmati bayaran intensif seperti guru yang mengajar Sains dan matematik (PPSMI)

Namun GP tetap bersemangat melaksanakan tugas mereka. Semangat itu membara apabila mereka menyedari bahawa tugas mereka itu amat mulia. Sementelahan , murid yang mereka bimbing termasuk dalam golongan teristimewa. GP wajar berasa puas melihat anak didik mereka dapat menguasai a-b-c, suku kata, perkataan dan seterusnya dapat membaca, menulis dan mengira. Kepuasanlah nilai untuk penat lelah mereka.


Sebahagian anakdidik kami 2012...



Tahun 2


Tahun 3




Semoga anak didikku terus berjaya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan