Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

24 Mac 2012

Wahai ibu dan ayah

Anakmu kini seorang cikgu sekolah

Yang telah ditulis pintu rezekinya

Dalam dakapan doa-doamu

Membesarnya aku dari segumpal darah

Hadirku sebagai zuriatmu yang lemah

Wahai ibu dan ayah

Kini tanganku dikucup mesra oleh anak-anak

Belaianku menjadikan mereka manja

Sapaan dan salam hormat mereka hulurkan

Dan aku sambut seadanya aku

Wahai ibu dan ayah

Kata-kataku nyaring di kelas

Banyak mata memandangku dengan tekun

Buat aku merasa berdebar kencang

Menahan rasa hati

Aku tenung wajah mereka

Lalu ada yang tertunduk malu

Buat aku tersenyum

Wahai ibu dan ayah

Kadangkala aku disoal

Dengan pelbagai persoalan ilmu dan akal

Hingga aku kehabisan waktu

Mencari jalan penyelesaian

Sungguh mereka dahagakan ilmu

Wahai ibu dan ayah

Kasih sayang yang aku beri bagai satu rebutan

Si manis mencebik dan si jejaka tersenyum

Lalu aku agih-agihkan manfaatnya

Ada terlebih dan terkurang

Dalam kesamarataan

Wahai ibu dan ayah

Kadangkala aku mengajar

Seperti di sebuah jalan raya yang sesak

Dan aku adalah lampu isyaratnya

Meninggikan suara serak dalam sebuah kebisingan

Mendisiplinkan mereka yang nakal

Wahai ibu dan ayah

Demi masa depan mereka

Aku gelar mereka bodoh sombong

Angkuh dan bongkak

Bukan itu sahaja

Pelbagai gelaran aku beri

Supaya mereka sedar diri

Wahai ibu dan ayah

Ada saatnya aku kalah

Mereka membidas kata-kataku dengan lantang

Mereka memandangku sinis

Mereka berlalu tanpa menyapaku

Mereka menengkingku dikhalayak

Mereka membenci perbuatanku

Mereka mencabar rasa sabarku

Dan hatiku sangat sakit ketika itu

Wahai ibu dan ayah

Lalu aku lawan setiap darinya

Aku kenang guru-guruku

Pada hari-hariku

Aku teliti bait-bait hikmat

Didiklah anak-anak mengikut zamannya

Maka akulah pendidik mereka

Yang pendidiknya adalah kamu

Anakmu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan