Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

16 Julai 2012

Mari mencuba....


SAMBAL GORENG.....
Sambal goreng ni kalau time raya wajib ada kat umah. malah sebulan sekali mesti buat lawan dengan nasi ambeng. kalau makan ketupat takde sambal goreng ni tak syok......



Bahan-bahannya
tahu, tempe, kentang, ( patong dadu dan goreng)
 paru-paru, perut lembu @ babat dan tetel (rebus hingga empuk dulu).
semua dipotong  kecil dan digaul dengan kunyit serebuk kemudian baru 
 digoreng

bahan tumis
cili  kering, bawang besar, bawang putih, halia dan serai.Dikisar halus.
bahan potong
cili hijau, cili merah, cili api kalau suka pedas, bawang besar, bawang putih, halia dan serai. hiris ikut suka

Bahan utama
santan ,air asam jawa, garam, gula.


Cara-cara
Tumis bahan kisar hingga  naik bau. kemudian masukan bahan yg dihiris tu. Kemudian baru masukan air asam, santan pekat baru dimasukkan  bahan yang digoreng. kacau sebati
selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan