Meskipun jarak memisahkan......
sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,
aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,
tetapi,
adakalanya aku jaga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku,
duhai sahabatku.
Ya...bila menatap/melihat gambar hitam putih di atas; saya memang mengenali gadis bermata bulat itu. Banyak juga (sebenarnya tak berapa banyak pun) cerita lama yang tetap menjadi kenangan saya. Betapa tidak, rumah kami (masing2 menumpang) bertentangan. seorang di tingkat 7 dan seorang di tingkat 5. Bila masing2 keluar (tanpa dirancang), kami akan saling berpandangan. Masing2 tersenyum lalu dia akan masuk ke dalam rumah, kerana ada mata yang curiga (sepupunya). Dia 'budak' baik dan pintar. Sesuai sangat dijadikan kawan tempat bercerita. Kemudian hilang tanpa saya ketahui puncanya, sehinggalah melihat wajah barunya seperti dalam gambar warna-warni - seperti berwarna-warninya di zaman persekolahan dulu.
BalasPadamPun demikian, gadis (berpipi tembam) di sebelahnya (gambar hitam putih itu), sehingga kini saya masih ragu2 - macam tak pernah nampak. Maaf ye..... Sebenarnya saya memang seorang yang pemalu. Tetapi jangan ada permulaan....saya akan terus menghormati dan menggangap sebagai kawan sejati.
Sekarang masing2 sudah ada cucu.....hahaha. Kalau difilemkan, memang menarik walaupun untuk kita aje dan bukan bagi orang lain !
Persahabatan yang kita tidak jangkakan dari awal dan akhirnya kita berjumpa dengan suasana yang amat berbeza kerana kita masing-masing dah ada cucu....masa dulu En.Atih tak nampak saya kerana saya tak se 'cun' Hawa, Hawa macam hindustan...ha ha...saja gurau Wa....masa tu saya perasan En.Atih tapi saya malu macam En.Atih juga saya kan orang kampong yang serba serbi kekurangan...nak ambil STP pun saya terpaksa jadi pembantu rumah di rumah pak cik saya....saya pun menumpang di rumah pak cik...nasib kita tak sama En.Atih orang senang...
BalasPadamMacam Hindustan.....ya..ya..baru teringat. Hahaha..
BalasPadamSaya belajar di ting 6 sekejap je. sebab lepas tu saya jadi'guru' utk tingkatan 3 dan 5 di JTC juga. Waktu malamnya mengajar di cawangan JTC di bandar. Memang saya tak perasankan Cikgu Aisah. Masa tu saya masih bersih dan suci !!
Suci dalam debu....konon....tak pe tak perasaan saya masa tu , sekarang En.Atih dah perasaan kat saya dan kita pun dah jadi sahabat Allah maha kaya mempertemukan kita bertiga kembali...
BalasPadam