Assalammualaikum dan selamat sejahtera....
Semasa di fasa 3 saya hanya menceritakan tentang Sungai Choa Praya kini kami sekeluarga ke ke Safari World pula yang jarak perjalanannya lebih kurang 40 minit dari hotel dengan menaiki bas pelancong. Kami bertolak lebih kurang jam 8:00 pagi waktu tempatan. Safari World Bangkok, adalah kebun binatang terbuka paling popular dan terbesar di Thailand, dengan luas 200 hektar, Safari World terdiri dari dua atraksi utama – Safari Park dan Marine Park.
Jika Anda belum pernah ke Afrika maka, Safari Park adalah pengalaman safari paling sesuai . Dengan menggunakan kendaraan Anda boleh melewati daratan-daratan yang dirancang seperti di Afrika, melihat ratusan binatang dari seluruh dunia
Semasa sampai di Safari World, Bangkok...
COWBOY SHOW MARINE PARK
Ini pula tempat persembahan Western Cowboy Stunt. Kalau tak nak kuyup tersimbah air, jjangan duduk betul-betul di depan gelanggang berhampiran perigi & bekas berisi takungan air tu. Lagi satu jangan terkejut beruk, binatang yang mula-mula keluar membintangi show ini ialah sekumpulan vavi, almaklumlah kunon-konon nya di ladang orang putih zaman dulu-dulu…
Pertunjukkan ikan lumba-lumba (DOLPHIN SHOW)
Hah, tengoklah tu... sesak, kan? Gelanggang sikit le punya besar tapi sampai kat tangga ada orang duduk, yang berdiri kat belakang pun ada...gara-gara nak tengok pertunjukan ikan lumba-lumba.....memang seronok...
Inilah julung-julung kalinya saya tengok ikan lumba-lumba buat persembahan. Macho aje lagak si jurulatih tu tunggang ikan tu. Mesti megah giler agaknya ...... entah-entah kat Asia ni dia sorang aje yang boleh buat macam tu. Atau saya yang dah ketinggalan zaman?
Safari Park
Struktur atap tu memang melengkapkan safari ni, nampak cantik pulak. Segala jenis haiwan adadi sini dan mereka hidup didalam kelompok kumpulan masing-masing.
Kumpulan singa ini sedang berehat, mungkin juga sedang menunggu untuk diberi. Kesian tengok perut perut singa yang melempeng kempis tu..
Terima kasih.....kita ikuti pengalaman seterusnya.....jumpa lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan