Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

26 Disember 2012

Berakhirnya cuti-cuti 2012...

Asslammualaikum...

Destinasi seterusnya ialah negara Thailand....Fasa 1

Jika minggu lepas  kami sekeluarga ke Kota Singa...kali ini kami berkesempatan berkunjung ke negara Gajah Putih pula....Syukur alhamdulilah perjalanan kami sekeluarga  telah dipermudahkan oleh Allah SWT...amin.

Ini merupakan sebuah perkongsian maklumat,pengalaman, dan juga pengetahuan rentetan perjalanan kami sekeluarga menuju ke negara Thailand .  Kami menaiki penerbangan Royal Jordanian pada tarikh 21.12.2012, penerbangan pada pukul 10.10 malam. Royal Jordanian (RJ) merupakan salah satu penerbangan yang masuk dalam daftar "mesti dicuba". Royal Jordan adalah penerbangan kebangsaan negara Jordan.Walaupun penerbangan ini tidak popular di kalangan rakyat Malaysia, tetapi ada sesuatu yang istimewa mengenai penerbangan ini.
Royal Jordanian
Airbus A330-200
RJ 181










Kapal terbang Royal Jordanian



Logo penerbangan Royal Jordanian


Lapangan terbang KLIA



Pemandangan di KLIA waktu malam


Sibuk dengan bagasi masing-masing....



Di dalam aerotrain yang bawa kami ke bangunan satelit untuk naik kapal terbang....




ni jambatan(jambatan ker panggilan nya ..huhuhu
yang menghubungkan bangunan satelit ke dalam kapal terbang...





suasana dalam kapal terbang...pergh...nice...lawa, kemas, bersih dan teratur...=)



Hai si kecik...untungnya  awak kecik-kecik  dapat dapat terbang dengan Royal Jordanian...



Si dua  beradik ni pun beruntung juga...


Lebih kurang pukul 12.40 malam waktu Malaysia, pukul 11:40 malam waktu Bangkok,kami selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok.

(baca: Suvarnabum).





Ini adalah lapangan terbang utama di kotaraya Bangkok. Lapangan terbang ini menggantikan lapangan terbang Don Muang yang kini mengendalikan penerbangan domestik Thailand. Semua penerbangan antarabangsa ke Bangkok akan mendarat di sini. Dari lapangan terbang ini, terdapat bas dan teksi ke pusat bandar Bangkok. 



Pemandangan dalam terminal seolah-olah anda berada dalam badan pesawat.


Mempunyai 7 terminal A, B , C, D, E, F, G yang direkabentuk dalam susunan grid empat segi. Setiap bangunan terminal direkabentuk seolah-olah anda berada dalam badan pesawat. Anda akan melalui kedai-kedai bebas cukai yang beraneka ketika bergerak dari satu terminal ke terminal yang lain. Pastikan anda menukar wang kepada Baht terlebih dahulu sebelum membeli-belah. Seperti mana-mana airport, harga barang tidak murah di sini dan tiada tawar menawar.










Sempat juga bergambar....


Pengamabilan bagasi...


Kakak saya macam dah letih aje...(Hajah Ramlah)...
Adik saya (Liza) dah tak sabar nak shopping....


bas dah pun menanti kedatangan kami.....bersambung fasa 2...tunggu ya..

3 ulasan:

  1. Wah...wah...wah...ini boleh mendatangkan perasaan cemburu.... Walau bagaimanapun tahniah buat Cikgu Aisah dan keluarga.

    Orang kata jauh perjalanan banyak pengalaman.

    BalasPadam
  2. Insyaallah disuatu ketika nanti En.Atih dan keluarga juga boleh makan angin...Bulan Mac nanti beribadah sambil makan angin yang begitu bermakna buat En.Atih dan Pn.Sharifah....Memang seronok satu-satu tempat yang pasti terpahat diingatan En.Atih...

    BalasPadam
  3. Salam. Ayat kat entry ni lebih kurang sama dgn yg ditulis oleh seorang blogger ni.
    Anyway, perjalanan ini semua satu pengalaman yg tak dpat dijual beli.

    BalasPadam