Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

14 Disember 2012

Resepi lagi...




Serunding daging...

Bahan-bahan:
150 gm
daging lembu, hiris nipis melawan jalur (daging segar lebih enak)
1
cawan kelapa parut
3 cm
halia
1
sudu teh biji ketumbarsangan tanpa minyak
3
bawang merah
1
sudu teh jintan putih
1
sudu teh udang kering
2
sudu makan asam jawa
Garam secukup rasa
2
sudu makan minyak masak

Cara
penyediaan:

1.
Tumbuk bawang merah, bawang putih, biji ketumbar, jintan putih, halia dan udang kering.
2.
Panaskan kuali, masukkan minyak. Setelah minyak berasap, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.
3.
Masukkan daging dan kacau rata. Jika kuah kering sebelum daging empuk, masukkan air mendidih secukupnya. Masukkan garam secukup rasa.
4.
Masak menggunakan api kecil sehingga kering dan daging empuk.
5.
Masukkan jus asam jawa dan kacau sehingga kering
6. Gaulkan sehingga kering dan hidangkan.
  
Cara hidangan:
Boleh dimakan bersama nasi, ketupatlemang atau begitu saja

1 ulasan:

  1. Tiap2 tahun (bila raya) saya beli benda ni..kadang2 kirim kawan.
    Lepas ni nak suruh orang rumah buat berdasarkan resepi CA...

    BalasPadam