Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

03 Ogos 2014

Hari Raya 2014...

Selamat Hari Raya

Sambutan hari raya tahun ini amat berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Jika dulu adik beradik , sanak saudara semua berkumpul di kediaman kami Johor Jaya.Walau bagai mana pun kemeriahannya tetap terasa. Rasa sayu tetap menerpa kerana ayahnda tercinta tidak dapat beraya di rumah kami seperti biasa malah beliau terpaksa beraya di hospital.  Keadaan kesihatannya tidak mengizikan beliau beraya di rumah.


keretapi Tanah Melaytu (KTM)

Dua orang anak kami beraya di rumah mertua mereka.Suami saya membuat keputusan untuk berhari raya di kota Singa.  Untuk mengelakkan kesesakkan jalan raya kami bersetuju menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke sana...Memang mudah dan menjimatkan masa.
Putera dan puteri kami begitu teruja menaiki keretapi walau cuma sebentar...Mereka tidak pernah menggunakan pengangkutan keretapi sebenarnya..






Di kediaman mmereka kami bermalam... terima kasi adindaku En. Affandy dan Puan Aispalela serta anak mereka Syahirah...budi baik kali sekeluarga hanya Allah jua yang membalasnya...


keluarga adindaku...


Adindaku sayang...


Hospital Tan Tock Seng  (gambar ehsan daripada Pak Google)








Merakam kenangan bersama ayahnda tercinta, mudah-mudah ayahndaku cepat sembuh..



Sempat beliau menukar baju dari warna oren ke warna biru (baju biru yang saya buatkan)





Keluarga besar...






Merakam kenangan di rumah kami....









Pulang ke Terengganu


Pulang ke Kelantan....




Buah hati kami.... comel tak mereka berdua ni....

Sahabatku......

Apabila syawal menjelang tiba,
Kau semakin muncul dalam kamar ingatan,
Hati budimu yang suci,
Membuatku mengagumimu,
Terima kasih atas kesudianmu
Menjadi temanku
Terimalah sepintas tanda ingatan
Diiring salam kemesraan.............

Bersama rasa keindahan ini,
Kulayangkan warkah indah 
teristimewa buat tatapanmu,
Detik-detik indah kita bersama,
Mengharungi ranjau kehidupan
masih tetap diingatan,
Sempena gemilangnya Aidilfitri ini,
Kuucapkan khas buatmu ....
Selamat Hari Lebaran


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.

    Baru pagi ini selepas balik dari surau saya berkesempatan singgah di laman ini. Seronok membaca dan melihat gambar-gambar yang dipaparkan.

    Saya pun dah lama tak naik keretapi. Keadaan keretapi sekarang berbeza dengan keadaan karetapi dulu. Semasa ke Jerantut sebelum puasa tahun ini, ada juga cadangan nak naik keretapi. Stesen yang terdekat di Paloh atau di Kluang. Tapi cadangan tinggal cadangan sebab kalau naik keretapi, kereta sendiri terpaksa tinggal di stesen dua, tiga hari. Itu yang tak jadi tu. Nak naik bas atau teksi...dah tak pandai. Hehehe..

    Semasa CA menghantar gambar rumah flat Sngapura menerusi wassap...saya dah agak, CA tentu beraya di Singapura. Cuma bila disebut beraya di kampung tu, saya jadik sedikit konfius...kampung CA ni sebenarnya di Singgapura atau Gelang Patah...

    Okeylah...mana ada orang buat ulasan panjang-panjang di blog orang lain...

    Apa-apa hal saya tunggu tarikh 9 Ogos ini nanti. Eh...kalau tak silap saya, tarikh tu ialah Hari Kebangsaan bagi negara Singgapura.

    BalasPadam