Berkunjung ke rumah sahabat.....
Ramadan
yang mulia sudah pun berlalu. Umat Islam merayakan Aidilfitri sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah puasa. Lazimnya di musim perayaan, ziarah-menziarahi adalah amalan yang akan dilakukan bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga dalam masyarakat lain, terutama sekali dalam mengunjugi rumah terbuka.Amalan ziarah-menziarahi amat dituntut dalam Islam, apatah lagi di musim Aidilfitri. Aidilfitri membuka ruang kepada kita untuk mengaplikasikan ajaran Islam mengenai konsep berkenal-kenalan (litaarafu) dan mengeratkan silaturahim.
Merakam kenangan di kediaman beliau....
Syukur alhamdullilah pada 9 Ogos 2014 telah melakar sejarah di dalam persahabatan kami, kami sekeluarga berkesempatan berkunjung ke rumah sahabat saya En.Atih yang tinggal di Yong Peng, Johor. Pertemuan ini bukan pertemuan pertama kami, malah kami sering juga berjumpa. Cuma kami sekeluarga belum pernah bertandang ke rumah beliau. Beliau seaakan sudah merajuk jika tahun ini kami tidak berkunjung ke rumah mereka ( seakan-akan nak putuskan tali persahabatan.... tapi tidak berunsur ugutan ....merajuk seorang sahabat)..
Tanpa rasa segan kami begitu berselera menekmti hidangan lazat yang disediakan oleh tuan rumah... Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan...
Secara kebetulan adik-adik saya memang teringan nak beraya di Johor. Saya memang bercadang hendak ke rumah En.Atih pada hari raya ini.(bukan takut dia merajuk, tapi memang nak pergi)..., Kami mempelawa mereka, mereka dengan rasa senang hati terus bersetuju. Mereka begitu teruja nak berkenalan secara dekat dengan insan yang bernama En Atih Salim. Selama ini mereka hanya mengenali di laman sosial FB kakaknya...
Terima kasih Pn.Sharifah kerana bersusah payah menyediakan hidangan yang begitu enak....Paling istimewa ialah 'Rendang Rusa'....Terima kasih tauke Daging Rusa .......
Sampai bertambah.... enaknya..
Terlebih dahulu kami mohon maaf kerana bertandang ke rumah En.Atih agak awal....Pagi-pagi lagi kami sudah sampai. Walaupun kami sampai terlalu awal tetapi makanan yang lazat tetap sudah terhidang menanti kami... Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih kepada Puan Sharifah seisi keluaraga kerana telah bersusah payah menyediakan makanan seawal pagi ( tentu penatkan...)
Mereka menekmati hidangan dengan penuh selera...
Makanan yang lazat telah terhidang..... Nasi himpit, kuah lodeh, sambal kacang, rendang rusa, ayam goreng, tembikai, pulut panggang, ubi goreng, air mata kucing, woiii banyaknya hidangan yang perlu disiapkan...Tak terbalas budi baik En.Atih sekeluarga...
Entah apa yang dibuncangkan bila dua YB bertemu...
Merakam kenangan bersama Pn.Shariah...
Bila dua cucu bertemu... mengeratkan hubungan persaudaraan...
Tiga buah kereta menyerbu ke kediaman sahabatku..dengan harapan rajuknya hilang....
Lima ekor anak ikan,
Jatuh seekor tinggal empat;
Salam ku hulur tanda ingatan,
Moga terhibur duhai sahabat.
Arus disekat pantai berbatu,
Pantai barat dilanda gelora;
Moga selamat bahagia hidupmu,
Penuh berkat Allah Taala.
Terima kasih sahabat....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan