Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

27 April 2010

Majlis kesyukuran


Merkamkan gambar kenangan di majlis kesyukuran ......

Pada 17 April anaksaudaraku telah mengadakan majlis kesyukuran untuk cucunya Muhammad Alauudin bin Rosmaini...sayangnya gambar si kecil tak dapat dirakam. Mohon maaf le kapada papa dan mama Udin...





12 April 2010

Guru Sebenar Guru: Ke Sekolah Tidak Jemu, Mengajar Tidak Lesu:

Ertinya seorang guru yang penuh iltizam, dedikasi, komited dan
bertanggungjawab tidak akan mengkhianati tugasnya dan murid-muridnya.
Prinsipnya ialah guru-guru mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik' satu
pekerjaan yang sangat mulia. Guru mestilah menganggap pergi ke sekolah sebagai
pergi ke medan jihad dan kerja mengajar (tanpa muslihat dan tipu helah) sebagai
suatu ibadah. Guru-guru begini tidak akan cepat melatah atau menyalahkan
keadaan dan tempat sebelum menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu di samping
berusaha meningkatkan ketrampilan dan kewibawaan diri. Guru sebenar guru tidak
akan melakukan sesuatu yang akan merosakkan organisasi seperti: selalu ponteng,
banyak beri alasan dan helah, sering mengelakkan diri daripada menerima tugas
dan tanggungjawab, mengganggap sekolah hanya tempat kerja 'sementara' atau
selalu beri alasan 'tidak cukup masa'. Guru sebenar guru tidak menunjukkan ciri-
ciri 'orang malas' ketika berada di dalam kelas tetapi sebaliknya mengajar dengan
penuh ceria, penuh semangat serta bersungguh-sungguh.

Petikan Ucapan Cikgu Hamzah bin Mohamed ( Tokoh Guru Daerah Maran, Pahang )

27 Mac 2010

Pengantin lagi....

Kenangan lama...
Hari ini saya berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Guru Besar kami dulu iaitu Pn.Fatimah bt Jamil .Kini beliau menjadi Guru Besar SK Pintas Puding, Batu Pahat. Terima kasi kepada beliau keran masih mengingati kami dan mengundang kami di kediamannya di Kuartes Guru di SK.Parit Raja.





LINUS Peringkat Sekolah

Program Bersama Ibu bapa murid LINSUS Peringkat Sekolah.
Tarikh : 27 Mac
Masa: 8:00 pagi
Temapt: Perpustakaan SKTJJ2.
Tahniah untuk semua guru LINUS SKTJJ2 kerana dapat menjayakan program ini.





Pendaftaran

Guru Penolong Kanan 1

Guru LINUS Bahasa Melayu Pn.Shariza bt Mashot





Ibu bapa yang hadir





26 Mac 2010

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru untuk Hakim dan isteri, mudah-mudahan bahagia hingga ke akhir hayat.....
S

Kek pengantin


Tini dan Solhi sebagai pengacara majlis