Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

15 Oktober 2011

Karnival Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang


Karnival Kebudayaan Pendidikan Khas Daerah Pasir Gudang...

21.9.2011
di SK Kota Masai 2, Pasir Gudang.


Diberi kepercayaan untuk mengadili Perandingan Pakaian Beragam bersama rakan dari
SMK Kota Masai 2.






TEATER SERI MERSING

Teater Oh Teater.....

Pada pertengahan Julai 2011 kami dua beranak sempat menonton teater Seri Mersing 2.Teater ini ditayangkan di Stadium Tertutup Johor Bahru...
Seronok rupanya menonton secara langsung ni.....berdepan secara dekat dengan semua pelakon....memang sedikit pun tiada ruginya walau tiket agak mahal...tapi berbaloi...Jika ada kesempatan dan di panjang usia saya ingin lagi menonton teater...Terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabatku yang tiket 'First Class' untuk kami.....Mudah-mudahan murah rezeki sahabatku.....













Hari Kokurikulum.....2011


Selamat tinggal 2011.....

Mungkin ini hari terakhir untuk koko 2011...Jika dipanjangkan usia tahun hadapan kita berjumpa lagi....untuk perejumpaan yang terakhir ini unit PBSM telaha menjalankan aktiviti memasak.Bukan murid sahaja yang seronok malah guru-guru nya lagi seronok....dapat makan...







Marhaban Bulan sabit Merah

Marhaban Ya Marhaban..........................

Pada 24 september yang lalu Unit beruniform Bulan Sabit Merah SKTJJ 2 telah mengadakan majlis marhaban ke rumah-rumah ahli persatuan tersebut....Kunjungan kami disambut mesra oleh segenap ahli keluarga yang kami kunjungi. Kami dihidangkan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Kami dari unit beruniform PBSM mengambil kesempatan mengucapakan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberi layanan yang begitu istimewa, semoga kalian dimurahkan rezeki dan sihat sejahtera, mudah-mudahan ditahun -tahun akan datang kita akan dapat berjumpa lagi untuk mengeratkan tali silaturahim....Maaf Zahir dan bathin..


















08 Oktober 2011

Bersara umur 60.....

Entahlah.....

Aduh....layakkah aku bersara di usia begitu,,,,,,,,adakah aku masih mampu menggalas tugas yang diberi....adakah larat kaki ini menaiki dan menuruni tangga saban hari.....

Tidakkah aku hanya digelar sebagai insan mengejar wang, pangkat dan nama....

Bila dikenang aku masih berminat meneruskan profesion ini....bagi ku ia masih kental sebagaimana langkah pertama ku melapor diri kira-kira tiga puluh tahun dulu.....

Itu perasaan ku.....hakikatnya mampukah aku? Sedangkan sebahagian rakan-rakan seangkatan ku dah lama meninggalkan profesion ini..............Wahai sahabat ku berikan pandangan ikhlas buat ku....