Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

08 Mac 2012

ROS........OH...........ROS.......

Cantiknya sibunga ros....

Pengalaman yang sukar dilupakan...

Pada 5 hingga 9 Mac 2012, mereka bertiga telah menjalani Pengalaman berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2. Pada hari pertama di SKTJJ2 merupakan hari yang paling mendebarkan diri mereka kerana ini merupakan kali pertama mereka menjejakkan kaki kealam persekolahan setelah hampir 3 tahun mereka meninggalkan alam persekolahan.

Seawal jam 7:00 pagi mereka telah melapor diri kepada guru besar SKTJJ2 iaitu Pn.Masnah bt Hamid. Belaiu sebagai guru besar SKTJJ2 mengalu-alukan kedatangan mereka di sana. Setelah melaporkan diri mereka dikehendaki mengikuti perhimpunan mingguan bersama-sama para pelajar dan guru yang lain. Ini kali pertama mereka berada dibarisan hadapan sebagai bakal seorang guru dan mereka merasa amat teruja sekali. Ketika majlis berlangsung mereka telah diminta untuk memperkenalkan diri di hadapan semua guru dan pelajar menyatakan serba sedikit tentang tujuan dan beberapa perkara lain....


Menimba ilmu menjadi seorang pendidik...

Macam tak sabar rasanya nak jadi cikgu....

GPK KK En.Zaini bin Abdullah

Bersama Ketua Panitia Bahasa Melayu Pn.Junaidah.
Beliau merupakan guru cemerlang Bahasa Melayu


Menemubual GPK 1 Pn.Maznah bt Main

Menemubual Pn.Khoo Chooi Hong

Menemubual Pn.Anita a/p Raman


Guru Pembimbing Pn.Anita A/P Raman

Guru Pembimbing Pn.Khoo Chooi Hong

Guru Pembimbing Pn.Yau Yik Yin

Seronok ke jadi cikgu....

Merenung jauh.....oh......Profesion perguruan


Di kelas Pemulihan SKTJJ2.


Bersama guru Linus dan pemulihan Linus

06 Mac 2012

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PBS hari kedua.....

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

1. KONSEP

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada pelajar tentang
alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini memberi peluang
kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan
peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen,
refleksi dan interaksi dengan guru dan komuniti sekolah. Melalui PBS pelatih dapat
memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah
untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran.
Ringkasnya dengan menjalani program PBS pelajar akan lebih memahami
bagaimana guru mengajar, bagaimana murid belajar dan bagaimana pengurus
sekolah mentadbir sekolah.

2. OBJEKTIF

Melalui program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) pelajar dapat;
(i) memahami budaya sekolah;
(ii) menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah;
(iii) mendapat pendedahan awal pembelajaran murid;
(iv) memahami pengurusan strategi pengajaran pembelajaran;
(v) membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah;
(vi) membina kemahiran mengumpul maklumat tentang pengurusan sekolah,
iklim pengajaran pembelajaran dan budaya sekolah;
(vii) membina kemahiran inkuiri penemuan dan kemahiran berfikir secara kritis dan analitikal
(viii) membina sikap positif terhadap profesion keguruan;
(ix) membuat refleksi mengenai tugas dan tanggungjawab guru;
(x) mendokumentasikan Pengalaman berasasakan sekolah.

Menyiapkan papan pendidikan seni....
Mesti senang hati ketua Panitia Pendidikan Seni...




Cikgu Rusyidah bersama Pn.Yau


Cikgu Nadia juga berkesempatan merakamkan potretnya bersama Pn.Yau.



Cikgu-cikgu PBS ni memang rajin....



Membantu di kelas Pemulihan....
Kalau boleh selalu le 'ROS" kat sini
Budi baik kalian pasti kami kenang...



Macam-macam kerja depa suruh kita buat....


Mudah-mudahan apa yang mereka perolehi di sekolah ini akan memberi kesan yang positif untuk mengharungi profesion perguruan . Semoga mereka akan terus tabah dan bergembira menjadi seorang pendidik. Pengalaman menjadikan kita dewasa....

05 Mac 2012

Sekolahku.....





Puteriku bakal bergelar cikgu.


PBS di SKTJJ2.

Saya memanjatkan syukur alhamdulliah kehaderat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya dapatlah puteriku menjalani PBSnya di sekolah saya. Mereka bertiga ditempatkan di sekolah ini untuk menjalani PBS selama seminggu. Mereka menuntut di IPG Kampus Tun Hussin Onn , Batu Pahat di dalam bidang Bahasa Inggeris (TESL). Sebagai bekas pelajar di sekolah ini beliau diberi kesempatan untuk memberi motivasi dan kata-kata semangat untuk pelajar tahun 6. Saya percaya beliau boleh melakukannya. Hari ini adalah titik permulaan bagi beliau untuk menimba seberapa banyak ilmu di profesion perguruan ini. Mudah-mudahn beliau akan berjaya dan bergembira menceburi profesion ini.....



Diberi kepercayaan untuk menyampaikan motivasi kepada murid tahun 6




Merakam kenangan bersama Puan Guru BesarSKTJJ2


Sempat juga saya merakam gambar kenangan bersama mereka.






Ucapan Pn. Maznah bt Main (GPK 1)

Penyampaian hadiah kepada pemenang
oleh Pn.Guru Besar Pn.Masnah bt Hamid