Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

24 Mac 2012

Wahai ibu dan ayah

Anakmu kini seorang cikgu sekolah

Yang telah ditulis pintu rezekinya

Dalam dakapan doa-doamu

Membesarnya aku dari segumpal darah

Hadirku sebagai zuriatmu yang lemah

Wahai ibu dan ayah

Kini tanganku dikucup mesra oleh anak-anak

Belaianku menjadikan mereka manja

Sapaan dan salam hormat mereka hulurkan

Dan aku sambut seadanya aku

Wahai ibu dan ayah

Kata-kataku nyaring di kelas

Banyak mata memandangku dengan tekun

Buat aku merasa berdebar kencang

Menahan rasa hati

Aku tenung wajah mereka

Lalu ada yang tertunduk malu

Buat aku tersenyum

Wahai ibu dan ayah

Kadangkala aku disoal

Dengan pelbagai persoalan ilmu dan akal

Hingga aku kehabisan waktu

Mencari jalan penyelesaian

Sungguh mereka dahagakan ilmu

Wahai ibu dan ayah

Kasih sayang yang aku beri bagai satu rebutan

Si manis mencebik dan si jejaka tersenyum

Lalu aku agih-agihkan manfaatnya

Ada terlebih dan terkurang

Dalam kesamarataan

Wahai ibu dan ayah

Kadangkala aku mengajar

Seperti di sebuah jalan raya yang sesak

Dan aku adalah lampu isyaratnya

Meninggikan suara serak dalam sebuah kebisingan

Mendisiplinkan mereka yang nakal

Wahai ibu dan ayah

Demi masa depan mereka

Aku gelar mereka bodoh sombong

Angkuh dan bongkak

Bukan itu sahaja

Pelbagai gelaran aku beri

Supaya mereka sedar diri

Wahai ibu dan ayah

Ada saatnya aku kalah

Mereka membidas kata-kataku dengan lantang

Mereka memandangku sinis

Mereka berlalu tanpa menyapaku

Mereka menengkingku dikhalayak

Mereka membenci perbuatanku

Mereka mencabar rasa sabarku

Dan hatiku sangat sakit ketika itu

Wahai ibu dan ayah

Lalu aku lawan setiap darinya

Aku kenang guru-guruku

Pada hari-hariku

Aku teliti bait-bait hikmat

Didiklah anak-anak mengikut zamannya

Maka akulah pendidik mereka

Yang pendidiknya adalah kamu

Anakmu....

22 Mac 2012


PERMAINAN BAHASA

Kemahiran : Vokal

Nama permainan: SUAI KAGA ( KATA DAN GAMBAR)

Objektif permainan: Melalui permainan ini, murid diharap dapat:

1. Mengecam perkataan yang bermula dengan huruf vokal yang betul dengan gambar.

Cara-cara permainan:

1. Guru perlu menyediakan dua set gambar dan perkataan.

2. Guru memaparkan gambar –gambar di papan putih.

3. Murid di bahagikan kepada dua kumpulan.

4. Setiap kumpulan di beri satu sampul perkataan.

5. Murid di kehendaki menampalkan perkataan yang betul pada gambar yang dipamerkan.

6. Kumpulan yang siap dahulu dan mendapat markah tertinggi di

kira sebagai pemenang.

SET PERKATAAN

a yam u lar i kan

orang e nam u dang

a pi e kor o ren

e pal

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas:

Masa:

Matapelajaran:

Kandungan

Impak / Catatan

Bahasa Melayu

Tajuk: Kem 3 – Huruf vokal

Objektif :

  1. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul.
  2. Membunyikan vokal dengan sebutan yang betul.
  3. Menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal.

Aktiviti :

  1. Set induksi – nyanyi ( a, e, i, o, u)- lagu Cik Mamat
  2. Guru menunjukkan huruf vokal dalam bentuk MS PowePoint. Murid diminta menyebut huruf yang di pamerkan.
  3. Guru memperkenalkan bunyi vokal.
  4. Murid mendengar dan menyebut bunyi vokal secara latih tubi.
  5. Murid menyebut perkataan yang bermula dengan huruf vokal.(MSP)
  6. Murid menyalin huruf vokal di dalam buku garis empat dengan betul sambil menyebut bunyi huruf.
  7. Permainan – Suai KAGA
  8. Llembaran kerja:

Kump. A – tuliskan huruf vokal

berpandukan gambar.

Kump. B - suaikan huruf vokal

dengan gambar.

Kump. C - padankan huruf vokal

yang sama.

BBM: MS PowerPoint

Buku tulis

Kad huruf vokal

Lembaran kerja.

21 Mac 2012

Minggu Bahasa Melayu SKTJJ2...


Kempen satu hari satu karangan ....

Wajah-wajah harapan SKTJJ2

Bariasan Pentadbir SKTJJ2 2012
Ketua Panitia Bahasa Melayu yang didikasi....

Tahniah...

Tahniah...

Teruskan usaha mu...
Tahniah...

Tahniah...

Syabas dan Tahniah....
Pelajar ini berjaya menyipkan 80 karangan...

Teruskan usaha mu jangan jemu...

19 Mac 2012

RENUNG-RENUNGKAN.....




Adik-adikku.............
Ku mohon seketika
Untuk menceritakan isi hati ini

Adik-adikku................
Tiada galang gantinya
Sinar mata mu yang menyejukkan
Tutur bicaramu yang menyenangkan
Tingkah laku yang mengembirakan
Sungguh dekat dihati ini...

Adik-adikku................
Ku sedar bebanan di bahumu
Kerana aku pernah lalui lorong itu
Untuk sampai ke sini

Adik-adikku....................
Kau janganlah persalahkan bonda
Juga jangan persalahkan ayahnda
Kerana menaruh harapan, manggantung cita-cita

Adik-adikku.....................
Mereka bukannya hartawan
Tapi mereka ibu bapa yang sedar dan pintar
Ilmu adalah pusaka yang terbaik
Buat bekalan dunia dan akhirat

Adik-adikku......................
Suatu hari nanti
Kau temui jua cahaya yang dikata mereka
Dan ku harap kita akan temui
Yang penting hubungan kita tetap utuh...

Sentiasa Kakak mu......................sentiasa menyayangi kalian...