Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

13 Ogos 2012

Cornflake Madu…..


Cornflake Madu…..
Salam petang buat semua..bersiaran sekali lagi saya pada petang sabtu ini...sementara ada kesempatan boleh la nak masukkan entry cornflake honey yang saya baru buat sebentar tadi. Sebenarnya kami tiga beranak memang dah terasa letihnya….manakan tidak letihnya separuh hari kami mengemas dapur,alih  sana dan alih sini…Tapi kena juga buat petang ni jika tak alamat tak menjadilah kuih raya kami tahun ni. Cornflake Madu kegemaran kami sekeluarga…makan la nak puas-puas selagi korang boleh makan dan suka...mau taknyer suka rasanyer yang lemak-lemak butter wangi gitu dan manis-manis bermadu...pehhh menggoda yang tidak boleh nak makan banyak ni pun boleh makan sedap weiiiii garing dan wangi bau butter tak boleh tahan..











Hasil usaha kami tiga beranak


Cornflake Madu...

Bahan-Bahan:

5 cawan - cornflake (saya guna KelloggCornflake)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan butter
4 sudu makan madu
mangkuk kertas kecil secukupnya

Cara:

1. Masak butter, gula dan madu dalam periuk dengan api yang kecil, gunakan senduk kayu kacau kan hingga butter mencair dan mendidih bersama gula dan madu tadi.  Bila dah agak berbuih-buih padamkan api.
2. Masukkan cornflake ke dalam butter berkaremel tadi dan gaul rata dan sebati.
3. Sudukan cornflake ke dalam mangkuk kertas dan buat hingga habis
4. Bakar dalam oven lebih kurang 15-20 minit dan sejukkan.. Simpan dalam bekas kedap udara dan anak2 pasti suka makan..






10 Ogos 2012

Saja suka-suka...




Dialog Lawak: Kelas perkataan berlawan
Copy dari blog kekawan...

Alkisahnya.....
situasi berlaku di dlm kelas..
*cikgu masuk kelas...


Murid : Selamat pagi, Cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua
masa dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera Cikgu!


Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.
Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan
berlawan. Bila Cikgu sebutkan perkataannya,
kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagiperkataan-perkataan itu, faham? Murid : Faham, Cikgu!


Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!Murid : Rendah!


Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!


Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!


Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar Cikgu!
Cikgu : Kamu gila!
Murid : Kami siuman!


Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!


Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!


Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu ni!
Murid : Cerdik kami tu!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!


Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid : Kami dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)




sumber: fizi-taketsu 






Selamat Hari Raya

08 Ogos 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum..
Saudara mara dan  rakan-rakan ku sekalian.. yang jauh di mata tapi dekat di hati.. Pada kesempatan ini, Saya Mengucapkan Selamat
 Menyambut  Hari Raya Aidilfitri. Terutama kepada semua pengujung
 blog aisahibrahimblogspt.com
Kawan-kawan di facebook, Sahabat handai dan jiran tetangga *kalau ada yang membaca*
Serta seluruh kepada umat islam.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata
 yang tidak enak didengar telinga,tingkah laku  dan perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu
 pun tersembunyi.



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Ya Allah,


Jadikanlah Ramadhan yang telah berlalu pergi,


Meninggalkan bersamanya bibik-bibik IMAN dan TAQWA,


Yang telah Kau kurniakan kepada kami semua,


Moga menjadi bekalan kami mengharungi hidup di dunia,

Yang penuh fana dan noda…

Ya Allah,


Jadikanlah Syawal yang hadir,


Memupuk semangat UKHUWAH dan RAHMAH sesama kami,


Menjadi titik bersatunya hati-hati kami dalam mentaati suruhan dan ajaranMu,


Meninggalkan segala larangan dan kemurkaanMu,

Moga menjadi pemangkin untuk kami terus hidup di bawah naungan Islam

Yang Kau redhai..

SELaMaT mEnYaMbuT HarI rAyA aIDiLfiTrI


MAAf zAHIr & bATin





    

Keluarga kami

                

         
             


           
             

              

      

Cucu-cucu kami
     


Selamat Hari Raya