Botok-botok…
Di kampong kami terkenal dengan masakan 'Botok-Botok'.....Mejoriti
penduduknya ialah kaum nelayan. Tidak hairan lah jika di sini terdapat ikan
segar yang baru di jaring dari laut. Masakan di kampong ini kebiasaannya
berasaskan ikan. Salah satu masakan yang terkenal di sini ialah 'Botok-Botok'.
Untuk memudahkan kita membuat botok-botok disekeliling rumah kami di tanam
dengan pelbagai sayuran untuk membuat Botok-Botok...
Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...
Kita kongsi bersama untuk membuat botok-botok...
Bahan-bahan ( 4 bungkus )
·
4
keping ikan tenggiri - dibersihkan
·
500
g rempah kari daging/ikan
·
12
batang serai*
·
1
ibu jari halia*
·
1
ibu jari lengkuas*
·
4
biji bawang besar*
·
1
biji kelapa parut - dijadikan kerisik
·
3
cawan santan pekat
·
1/2
cawan air asam jawa pekat
·
garam,gula,perasa
secukup rasa
·
4
helai daun kunyit - dihiris halus
·
8
tangkai daun selasih
·
8
tangkai pucuk daun teh
·
8
helai pucuk mengkudu
·
8
helai pucuk ubi
·
12
helai daun belinjau
·
12
helai daun berbuas
·
8
helai pucuk semangkok
·
secukup
daun pisang untuk membungkus
Cara-cara
1.
Kisar
bahan2 bertanda * dan campurkan bersama rempah,garam,gula, perasa,air
asam,santan dan kerisik,gaul hingga rata.
2.
Pucuk2
hendaklah dibersihkan dan dibahagi 4 utk 4 keping ikan.
3.
Ambil
sekeping daun pisang,bubuh 1/2 bahgian pucuk2 dr 1 bahagian,bubuh 1 keping ikan
dan ditutup dgn 1/2 bhgian pucuk dan rempah.Bungkus daun pisang berisi ikan
seperti membungkus tapai.Buat hingga habis.
4.
Kukus
selama 1 jam atau hingga botok2 masak.
Sedapnya..... Saya suka botok-botok ni. Ada orang sebut bebotok. Isteri saya pun pandai buat. Saya kalau makan, tak perlu dengan nasi. Belum sempat nasi tanak, botok-botok dah habis.
BalasPadamDulu kat belakang hospital JB ada warung jual botok-botok, harganya RM4.00 (dah lama dulu.
Bulan lepas saya beli di Muar, harganya RM6.00 satu.
Dibulan puasa ni kalau C.Aisah buat dan jual tentu laku. Tapi rumah kita terlalu jauh....
Betul le En.Atyh jauh...tapi bila En.Atih
BalasPadamdatang Nusajaya tek
telefon saya nanti saya buatkan...kalau ada daun daunnya...
1. Jarak Nusajaya dengan rumah C.Aisah pun bukan dekat. Perlu menyeberang bandaraya Johor Bahru.
Padam2. Sebut kalau ada daun-daunnya tu, maknanya memang payahlah nak buat. Kat rumah C.Aisah sekarang ni hanya ada daun pintu je saya tengok.
3. Hehehehe....
Kampong saya sebelah dengan Nusajaya....bila En.Atih datng,tel saya jika diizinkan Allah boleh En.Atih berkunjung ke kampong saya dan jika ade rezeki boleh makan ketam segar...kampong saya berhampiran dengan laut dan rumah saya bersebelahan sungai...
PadamApasal gambar dan nama saya tak keluar pada komen tu....?
BalasPadamEn Atih kan lagi arif tentang ini...tanya saya pulak...
BalasPadamTerima kasih sedapnya
BalasPadam