Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

09 Jun 2013

Erti sebuah kehidupan.....






Hujan yang turun..
mengimbas cerita-cerita semalam..

Cerita semalam yang telah lama tersimpan..

dalam album kenangan..
Cerita yang berenda dengan bunga-bunga cinta..
Cerita cinta yang telah lama...
tersimpan dalam lipatan rahsia..
Ingin aku lupakan segalanya...

kisah kasih cinta yang berdepan dengan...

rasa cemburu dengki dendam..
Namun makin aku ingin melupakan...
makin ligat setiap kenangan bermain...
berligar-ligar di kotak ingatan...


Pada bayu...
Ini pintaku...

Jangan kau hembus tiap kenangan yang telah pun aku lontar..
ketengah lautan...dan tenggelam di dasaran...
Kenangan itu bukan lagi milikku...

Mamai Bayu Awan...

kala kedinginan dalam kebasahan tika menderu dalam hujan...






 Bayu,,,,,,
Lontarkan kenangan itu padaku
Akan kusambut mesra

Biarpun hanya sisa-sisa
Kukutip cantumkan semula
Mengimbau kenangan yang tak sudah
Hanya itu kenangan yang ku ada
Milik kita berdua
Tika cinta berputik ditangkainya
Mengapa harus dilontar
Apakah ianya terlalu hina
Jangan,,,,,
Jangan menambah luka yang ada
Biarlah kusimpan
Dilubuk hatiku yang paling dalam
Daripada tenggelam kedasar laut yang tak bernisan
Kenangan itu akan tetap jadi milikku
Tika bersamamu
Kerna aku rindu
Rindu padamu:





06 Jun 2013

Mesyuarat Agung SKTJJ2 kali ke-18


Mesyuarat Agung PIBG SK  TAMAN JOHOR JAYA 2 kali Ke-18

MESYUARAT Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)Sekolah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 (SKTJJ2 ) kali ke-18 berlangsung dengan penuh meriah dengan sambutan hangat dengan kehadiran ramai ibu bapa.

Berbanding tahun lalu, penyertaan ibu bapa di dalam mesyuarat agung kali ini menggambarkan sokongan padu dari ibu bapa sangat memberangsangkan.

Malah Guru Besar SK Taman Johor Jaya 2, Pn.Masnah binti Hamid melahirkan kesyukuran dan berpuas hati dnegan kehadiran ramai ibu bapa sambil menekankan soal semua pihak dapat terus berganding bahu bersama-sama berusaha, menyumbang idea, tenaga dan apa yang termampu meningkatkan prestasi sekolah dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum agar dapat setanding dengan  sekolah-sekolah di sekitar Johor Jaya. 








05 Jun 2013

MINGGU ANTIDADAH SKTJJ2 2013

PELANCARAN  MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 4 Mac 2013
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan SKTJJ2

PENDAHULUAN

Cabaran Dadah merupakan ancaman nombor satu negara. Kegiatan penyalahgunaan dadah kian bertambah dan di tahap membimbangkan. Penyalahgunaan dadah bukan sahaja berlaku di kalangan golongan dewasa malah menular ke remaja, belia, warga emas dan kini pelajar sekolah termasuk murid sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah kegiatan menghidu gam merupakan penyalahgunaan dadadah kecil yang dilakukan mereka

RASIONAL

Justeru itu, minggu anti dadah diadakan di peringkat sekolah untuk membendung gejala tidak sihat ini. Di pihak kementerian sendiri telah menetapkan setiap tahun pada 19 Februari adalah hari dadah. Pelbagai aktiviti dilakukan sempena dengan minggu tersebut



MATLAMAT 
• Memberi maklumat dan pendedahan tentang bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah kepada murid - murid
• Memberi penerangan tentang punca-punca seseorang terlibat dengan dadah
• Memberi maklumat tentang jenis-jenis dadah sebagai


OBJEKTIF

Pada akhir program diharap murid akan :
• Menjauhi diri mereka daripada dadah
• Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah
• Mebina ketahanan dan jati diri yang tinggi dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani

SASARAN
Semua murid - Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

METODOLOGI

• Pembacaan perutusan dan pelancaran Minggu Anti Dadah
• Pameran AADK
• Pertandingan melukis poster
• Pertandingan mendeklamasikan sajak


Warga SKTJJ2 merakam kenangan...




















Kongsi bersama....4...

Untuk yang sudi...

Kongsi bersama ...3...

Untuk rakan-rakan....