Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

04 Disember 2009

Kenagan lalu di Kepulauan Riau......

Pertengahan Desember 2008 kami sekeluarga berkesempatan bercuti ke tanah seberang. Pulau Batam ,Tanjung Pinang dan Kepulauan Riau Indonesia. Untuk ke Pulau Batam kami menaiki feri 'Samudra' melalui Terminal Setulang Laut di Johor Bahru.


Feri ke Pulau Batam
Turut serta ayahku Hj.Ibrahim .Kunjungan kami disambut mesra oleh pasangan suami isteri Pak Haji Shariff dan isterinya Bibik Yantee sahabat ayahku... Beliau tinggal di Jalan Hang Tuah, Batam .Kami bermalam di Hotel Bahari terletak di daerah Nagoya.Bersebelahan hotel terletak sebuah Restoran yang terkenal dengan masakan padang. Restoran tersebut bernama 'RM SUNDA IBU JOKO '.


Restoran Sunda

Destinasi pertama kami ke Pulau Kesam, untuk sampai Pulau Kesam melalui Pelabuhan Punggor kira-kira 30 minit perjalanan dari bandar Nagoya . Pelabuhan Punggor adalah pelabuhan kedua terbesar selepas Batam Center. Pelabuhan ini beroperasi untuk membawa penumpang ke Tanjung Pinang .Kami menaiki bot penambang untuk ke Pulau Kesam.Seterusnya kami ke Tanjung Pinang menaiki feri dan ke Pulau Penyengatmenaiki bot penambang . Kami Pulang ke Johor melalui Batam Center.
Pelabuhan Punggor


Bot Penumpang

Pulau Kesam

Pelabuhan Tanjung Pinang

Di hadapan Hotel Furia Tanjung Pinang

Jeti Pulau Penyengat

Rumah kediaman di Pulau Penyengat

Masjid Raya Sultan Riau, Pulau Penyengat.

Muzium di Pulau Penyengat
Tugu Proklamasi Riau
Pengangkutan Awam di Pulau Penyengat

Papan Kenyataan Tempat Letak Kereta

Pemandangan di Jambatan Tujuh di Pulau Batam

Kenangan yang pasti tidak luput dari ingatan...................
Kalau ada sumur di ladang,
Tidak lupa menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,

Pasti kami berkunjung lagi.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    Tahniah sebab dah ada blog. Bolehlah melepak kat sini macam saya.
    Pada saya blog sebagai satu catatan yang boleh dikongsi dengan orang lain yang 'sudi' berbuat demikian.

    Blog juga boleh merapatkan persaudaraan yang jauh. Saya selalu membuat catatan apabila hati saya 'susah' - 'gembira'- atau bila terngatkan sesuatu.

    Terima kasih kerana selalu melawat blog saya. Saya akan 'link' blog Cikgu Aisah di blog saya agar mudah dilawati. SETIAP HARI !

    BalasPadam