Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Awal bismillah pembuka bicara.
Tuan Hj. Ibrahim dan isteri
Kad undangan
Syukur kehaderat Allah SWT kerana dengan izin dan kurnianya dapatlah kita berkumpul bagi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita. Majlis berlangsung pada 8 Nov 2014 bertempat di Hotel Hayatt Regency Singapore.
Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.
DOA MAJLIS KESYUKURAN
بِسْمِ اللهِ
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ
رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى
آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit atau lebih dan nikmat yang melimpah ruah kepada kami .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin mengeratkan hubungan silaturahim di antara kami
Justeru berkati dan rahmatilah perjumpaan kami ini. Kurniakanlah kepada kami kemeseraan yang berpanjangan. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah -mudahan hubungan persaudaraan ini akan berkekalan hingga ke Jannah..Aamiin.
Mejar(B) Saudara Lokman bin Abdullah menerajui bacaan doa
(tak sempat merakam gamabr semasa)
Penyambut tetamu
Majlis kesyukuran yang yang diadakan dalam keadaan yang sederhana tetapi meriah ini tidak akan sempurna tanpa kerjasama dan sumbangan tenaga serta buah fikiran daripada seluruh ahli keluarga. Jasa kalian tidak terungkap dengan kata-kata dan tidak terbalas rasanya....
Peneraju utama bagi menjayakan majlis
bergembeling tenaga hingga majlis selesai
Sebelum majlis bermula...
Keluarga arwahyarham Hj.Mohd Don dan arwahyarhamah Hajah Kamsiah binti Osman
Kalau ia pun nak bergambar reraamai tu alihkan dulu meja tu,,,...
Keluarga Pak Long
Keluarga Pak Ngah
Keluarga Pak Busu
sahabat beliau..
Gelagat anak buah cucu dan cicit
ayah dan bonda
Ibu Ayah
Bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan yang telah engkau rasakan
Tidakpun kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anak-anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu telah terkorban
Tak dapat ku balas akan semua ini semoga
Allah memberkati kehidupan ayah ibu Ibu Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang
amat aku harapkan
Kerana di situ letaknya syurgaku
Kau banyak melayani kenakalan anak-anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasih sayangmu sungguh bernilai
itulah harta yang kau berikan
Ayah dan ibu
Dengarlah rintih hatiku
Untukmu ayah
dan ibu Kasihanilah Tuhan,
ibu yang telah melahirkan diriku
Bahagiakan kasih ayah ibu sewaktu kecilku
Semoga bahagia ayah ibu di dunia dan akhirat sana
Kasihnya ibu membawa ke syurga
Berkorban nyawa tanda kasihnya
Berkorban raga rela binasa
Kasihnya ayah tak sanggup berpisah
Dan kasih anaknya berkorban nyawa
Biarlah jiwa akan tersiksa Ikhlas dan rela asalkan bahagia
Terima kasih duhai ayah dan ibuku tersayang
Diatas setiap segala pengorbanan
serta setiap titis air susu yang telah membesarkan kami
SEMUA ANAK-ANAKMU
insan-insan yang ku sayangi...
sepupu kami
Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
alhamdulillah..tenang..ceria..bahagia..tumpang gembira kak..semoga berkekalan kedamaian silaturrahim hingga ke syurga..
BalasPadamTahniah.....tahniah...tahniah.
BalasPadamBerapa jumlah hadirin yang datang ?
Siapa dan dari mana (datang) yang paling jauh ?
Hehehe....saje tanya. Nak tau je....
Tahniah sekali lagi. Didoakan semoga sillaturahim berkekalan dan harmoni selalu.
Terima kasih...Syukur alhamdulliah... hanya keluarga kami aje dan kawan2 ayah saya....Buat kecil2an aje...
BalasPadam.
..Alhamdulillah.. Tahniah dan Syabbas kpd seluruh kaumkga sanaksaudara dan shbthandai Tn Hj Ibrahim bin Hj Mohd Don di ats kejayaan majlis kesyukuran yg sgguh gilang gemilang..
PadamMoga AllahSWT limpahi RahmatBrkh berterusan kpd kalian agar bersilaturrahim spnjghyt hgga ke Jannatul Firdausi.. Aamiin YaRabbal 'alamiin.
Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu.. itulah permulaan kami
Dpt melihat bulan dan matahari..
Ayah dan Ibu
Ayah dan Ibu.. wali2 keramat
Pada mereka kita beri hormat..
Kshsyg dicurah sama rata
Siang dan mlm tak kira masa
Ayah dan Ibu tetap bertakhta
Jasa budimu dikenang sntiasa
.. Alhamdulillah.. Tahniah dan Syabbas kpd seluruh kaumkga sanaksaudara dan sahabathandai Tuan Yg Diraikan Tn Hj Ibrahim Bin Hj Mohd Don, di ats kejayaan majlis kesyukuran yg penuh gilang gemilang. Moga kemesraan dan hubungan silaturrahim berterusan spnjg hyt hgga ke Jannatul Firdausi.. Aamiin YaRabbal 'alamiin.
PadamAyah dan Ibu..
Ayah dan Ibu.. itulah permulaan kami
Dapat nelihat bulan dan matahari
Ayah dan Ibu..
Ayah dan Ibu.. wali2 keramat
Pada mereka kita beri hormat
Kasih dicurah sama rata
Siang dan malam tak kira masa
Ayah dan Ibu tetap bertakhta
Jasabudimu ku kenang sntiasa
Syukur dan tahniah pada akak sekeluarga. Semoga ukhwah silaturahim akak dan semua keluarga akan tetap terjalin selamanya. Saya tumpang gembira dan seronok melihat keakraban dan kemeriahan majlis yg telah disempurnakan dengan jayanya..
BalasPadamAssalamualaikum wbt....maaf, baru berkesempatan membaca blog ibu...tahniah ibu dan seluruh ahli keluarga....semoga hubungan bertambah erat silaturahim terjalin bertambah berkat....tahniah sekali lagi!
BalasPadamTahniah dari keluarga allahyarham syed abd munaim Aljunied. Maaf tak dapat hadir. Kiriman salam dari ibu saya, sharifah alawiah
BalasPadam