Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

02 Ogos 2012

SIPUT GONGGONG


Mendengar nama Siput Gonggong mungkin ada yang pelik dan tidak pernah mendengarnya atau tidak pernah melihatnya langsung. Di kampong saya agak terkenal dengan ‘Siput Gonggong’ (Laevistrombus Canarium) adalah sejenis siput laut yang mempunyai cengkerang  berwarna coklat keputihan.. Kebiasaan penduduk di kampong kami akan mencari  siput gonggong ini  pada 12 haribulan hingga  18 haribulan Islam.Ia banyak terdapat di ‘Beting Pasir’. Siput gonggong hidup di kawasan berpasir dalam dasar laut dan kawasan yang hampir dengan pantai. Pada waktu begini air laut di beting pasir akan cetek dan mudahlah kita memungut siput gonggong ini.
Ia antara makanan laut lazat .  Isinya boleh digoreng bersama sayuran, boleh dibuat sup, dimasak bersama pelbagai jenis mi dan dimasak kari.  Cara paling digemari adalah dengan merebus atau dikukus kemudian isinya dicicah kicap berlada
Untuk mengeluarkan isi dari cengkerannya, guna pencungkil .  Cucuk pada kawasan bukaan siput di sebelah tepi, kemudian kuis keluar isinya perlahan-lahan.
Isi siput yang berwarna coklat-oren keputihan itu kaya dengan protein serta mempunyai tekstur yang kenyal seperti sotong dan rasa lemak seperti kacang soya.
Siput gonggong betina selalunya lebih besar daripada jantan bagaimanapun saiz siput itu juga bergantung kepada kawasan habitatnya.



Gambar hiasan  (Beting Pasir)


Salah satu hidangan yang disediakan ialah 'Siput Gonggong' 




Siput gonggong yang direbus dan dicicah dengan cili kicap




Siput gonggong yang dimasak pedas

4 ulasan:

  1. salam ziarah cikgu.. kebetulan tadi seorang kawan menawarkan saya siput gonggong, jenjalan blog kawan cari resepi tersinggah di blog cikgu. :) boleh la dpt idea nak masak apa petang ni.

    BalasPadam
  2. Terima kasih keranaa sudi singgah di blog akak...

    BalasPadam
  3. Hi Cikgu where is this place i teringin sangat nak makan siput ni.. Please tell me. Thank u

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum cikgu.....boleh saya tahu adakah masih terdapat lg populasi siput gonggong di kawasan cikgu sbb saya ingin mencari siput gonggong utk buat kajian

    BalasPadam