Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

30 Julai 2012

Tepung Bungkus



Salam semua......saya  baru selesai buat kuih ni untuk berbuka puasa....

kuih tepung bungkus ada setengah orang panggil puteri 2 sebilik

agaknya sebab ada inti 2 biji kut......inti kuih ni hendaklah manis baru sedap

Kuih ini kegemaran ayahnda saya beliau lah yang menyarankan agar saya membuat kuih ini.  Saya tunaikan permintaannya kerana masih ada daun pisang lebihan buat kuih jongkong tempuh hari. Sebab itu kuih ini ada daun yang dah kekuningan…al maklum daun pisang amat terhad disini…



RESEPI TEPUNG BUNGKUS (Arwah nenek saya)


(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1
Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam


Inti kelapa



Cara memasak bahan A
1.            Potong gula merah menjadi ketulan kecil
2.            Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
3.            masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. Rasa kemanisan inti 
          anda dan tambah 1 sudu makan gula pasir lagi jika anda hendak sedikit 
          manis dan masukkan sedikit garam.
4.            ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung 
          gandum dan kacau rata.
5.            Tutup api dan sejukkan inti anda
6.            Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan
           lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.


Tepung pulut

Langkah 2
Bahan B

200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B
1.            Masukkan tepung pulut dalam bekas.
2.            Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh
           diuli. Uli sebentar.
3.            Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung 
                      pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang
                      kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih,
                      besarkan sedikit)
4.            Buat sampai habis dan ketepikan.


Dadih


Langkah 3
Bahan D

200gm tepung beras
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D
1.            Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
2.            Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sanpai keras sangat.
CARA-CARA MEMBUNGKUS
·                     Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian 
            atas dan bawah).
·                     Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
·                     Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan
             tepung.
·                     Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu
            ketul inti lagi. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada 
            yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
·                     Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada,
             anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.

Siap dikukus


Sudah masak 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan