Hasyaa Nur Dalili binti Mohd Zulhairi
Damia Hanani binti Fakhrul Anwar
Boleh dikatakan kebanyakan daripada kita hanya tahu nama anak cucu Nabi s.a.w. adalah Saidatina Fatimah, Saidina Hasan dan Saidina Husin sahaja kerana kebiasaannya hanya mereka sahaja yang sering ditonjol-tonjolkan dalam catatan-catatan sejarah. Maka siapa pula yang dimaksudkan dalam selawat yang kita sebut setiap hari:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Ya
Allah, Berilah rahmat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad
Jadi, siapakah keluarga Nabi Muhammad s.a.w? Ringkasnya:
Anak-anak lelaki Nabi s.a.w.:
i. Qasim
ii. `Abdullah
iii. Toyyib @ Tohir (Sebahagian ulama` mengatakan Toyyib @ Tohir bukan orang yang berbeza tetapi gelaran kepada `Abdullah)
iv. Ibrahim
Qasim, `Abdullah dan toyyib @ Tohir adalah anak Nabi s.a.w. dengan Saidatina Khadijah manakala Ibrahim adalah anak baginda dengan Mariah al-Qibtiyyah, beliau juga meninggal semasa masih kecil iaitu semasa berumur 16 bulan
Anak-anak perempuan Nabi s.a.w.:
i. Zainab (isteri kepada Abul `Ash bin ar-Rabi`)
ii. Ruqayyah (isteri kepada Utsman bin `Affan)
iii. Fatimah (isteri kepada `Ali bin Abi Talib)
iv. Ummu Kultsum (juga kemudianya menjadi isteri kepada Utsman bin `Affan)
Semua cucu-cucu Rasulullah s.a.w. adalah keturunan dari anak-anak perempuan baginda s.a.w., kerana anak-anak lelaki baginda semuanya meninggal dunia ketika masih kecil lagi.
Cucu-cucu lelaki Nabi Muhammad s.a.w:
i. `Ali
bin Abul `Ash bin ar-Rabi` (Cucu sulung Nabi s.a.w.)
ii. `Abdullah bin Utsman bin `Affan
iii. Hasan bin `Ali bin Abi Talib
iv. Husain bin `Ali bin Abu Talib
Cucu-cucu perempuan Nabi Muhammad Nabi s.a.w:
i. Umaamah binti Abul `Ash bin ar-Rabi`
ii. Ummu Kultsum binti `Ali bin Abu Thalib
iii. Zainab binti `Ali bin Abu Thalib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan