Cuti datang lagi......
Kami sekeluarga telah diundang untuk ke majlis perkahwinan anak sepupu saya di Kuala Lumpur..Majlis berlangsung di Dewan Cultural Activity Centere (CAC) Universiti Islam Antarabangsa Kuala Lumpur. Kami sekeluarga tidak melepaskan peluang untuk menghadiri majlis ini.....Al-maklum saya begitu teruja hendak berjumpa dengan saudara mara yang sudah lama tidak bersua muka....Kami bertolah dari rumah lebih kurang jam 9:00 malam......Kami sampai di Kuala Lumpur lebih kurang jam 12:00 malam...
Sempat membasahkan tekak dan berehat seketika di gerai...
Hasyaa masih tak lelap walau dah tengah malam...
Bermalam di rumah sepupu Hasyaa di Balai Polis Selayang....
Terima kasih Mak Uda kerana layan Hasyaa dan keluarga dengan hidangan yang enak...
Datang Johor Bahru jangan lupa pergi rumah Hasyaa...
Hasyaa dengan Pak Usu...
Sumbangan Pak Google...
Pernikahan merupakan salah satu rahmat Allah yang sangat besar dalam hidup seorang insan.. Perkongsian dua hati dan merupakan salah satu cara bagi seorang anak Adam untuk mencapai matlamat bahagia hingga ke Syurga.. Kerana dengan pernikahan ini, segalanya adalah pahala.. Betapa luasnya rahmat Allah dalam memberi kasih sayang kepada hamba-hambaNya... Berbuat baiklah kepada pasangan dan bersabarlah dengan ujian...
Nasihat Ustazah Ustazah Siti Norbahiyah kepada pasangan suami isteri, elakkan komunikasi
yang menyakitkan hati tetapi gunakan pendekatan yang lemah lembut.. Isteri wajib meminta izin daripada suami terutamanya setiap
kali hendak keluar rumah.. Begitu juga suami, bagitahu isteri supaya isteri tahu awak berada dalam keadaan yang selamat.. Ustazah juga menambah supayasuami isteri jangan kedekut dengan pasangan masing-masing.. Kedekut di sini bukan dengan wang semata-mata.. Tetapi juga jangan kedekut dengan kasih sayang, perhatian, belaian, pujian dan lain lain perkara yang semestinya membawa kebaikan... Cari ruang untuk bersama walau sesibuk manapun anda.. Ruang untuk makan bersama, berkongsi masalah, bercerita, dan juga berdating... Ustazah juga bagi doa daripada ayat
al-Quran untuk kita amalkan..Surah al-Furqan ayat 74 dan Surah al-Anbia ayat 87... Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.. InsyaAllah...
Selamat Penganti Baru....
Untuk
Zatul Iffah binti Dato' Mohd Nor
dan pasangan
Nas Yusairi bin Nasrah
Tak sempat nak bergambar dengan penganti lelaki....kami sampai awal...
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “ (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Wallahu’alam.

Hantaran
pengantin...
Sempat merakam kengan bersama ibu saudara saya...
Sudah lama kami tidak berjumpa dengan sepupu-sepupu saya ni...
Di luar dewan CAC
Kawan anak saya yang menuntut di UIA...
Dah lama mereka tak berjumpa
(Sama-sama menuntut di KISAS dulu)
Sempat singgah di rumah Mak cik Hasyaa di Putrajaya....
Dia bagi kuih siput.....
Peristiwa kuih siput....kesian nenek....
Hasyaa dan nenek...
Hasyaa dah nak pulang dia dah lapar...
Jumpa lagi .....tunggu cerita seterusnya...(cuti-cuti sekolah 2012)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan