Assalamualaikum dan dengan
Bismillahirahmanirrahim,
Bersyukur kepada Allah swt krn diberikan peluang menunaikan Haji
1433 baru-baru ini. Ingin saya kongsikan
beberapa foto ketika berada di dua Tanah Haram iaitu Makkah dan Madinah.
Memandangkan saya memilih untuk menunaikan Haji Tamattuk bermakna saya terbang
dari lapangan terbang Senai Malaysia terus ke Madinah.
Alhamdulillah, ziarah 8 hari di Madinah mengizinkan saya
menyempurnakan 40 waktu solat fardhu di Masjid Nabawi. Dengan rendah diri,
sedikit perkongsian pengalaman saya, semasa melawat Raudhah, dalam kesesakkan
bersama warga Afrika, Somalia dan lain-lain terasa sangatlah sukar untuk
menunaikan solat sunat di kawasan Raudhah (atau dikenali jua sebagai Taman
Syurga). Hati rasa sedih, gerun, takut melihat desakkan dan asakkan-asakkan
jemaah dari Negara-negara lain. Alhamdulillah, seorang Makchik Turki mengesyorkan
saya bersolat dua rokaat dengan bantuan jagaan keselamatan dari beliau. Selesai
solat dua rokaat, saya mengucapkan terima kasih dan kami berpelukan erat dimana
beliau bak seorg ibu memeluk erat saya bagai anak sendiri dalam dakapannya. Masing-masing
hati kami tersentuh sayu pilu. Reda dari perasaan sebak dan selesai berdoa saya
pun tak tahu perempuan Turki itu menghilang entah ke mana dalam ribuan jemaah
yang semakin ramai.
Ziarah di Raudhah (Taman-Taman Syurga)
Pengertian Taman-Taman Syurga ditafsirkan ulama sebagai:
Bahawa Allah swt menurunkan rahmatnya dan berbagai kebahagiaan di
tempat itu kerana tempat itu di lakukan
zikir dan perkara yg mendekatkan diri kepada Allah swt maka sudah tentu mereka
dijanjikan syurga.
Tempat itu kelak setelah qiamat benar-benar akan dipindahkan oleh
Allah Taala ke Syurga hingga ia menjadi sebahagian daripada taman syurga yag
hakiki.
Orang-orang yang pernah
berdoa di Raudha akan melihatnya di Syurga.
Terdapat 12 Payung Raksaksa di luar Mesjid Nabawi yang mengembang di waktu siang dan menguncup di malam hari.
Masjid Nabawi Madinah
Taman Saqifah Bani Sa'idah
Diceritakan, Rasul s.a.w suka berehat di taman ini setiap kali
kembali dari peperangan. Taman ini nyaman, segar dan harum dengan kesegaran
tumbuh-tumbuhan di persekitarannya. Taman ini berhampiran Mesjid Nabawi dan
kita boleh berjalan kaki ke pasar Korma Madinah yang berhampiran. Hati
tersentuh sayu dan pilu seolah-olah terbayang seorang lelaki berjubah putih, yang
tenang, lemah, lembut, indah parasnya berserban masuk ke taman itu dan berehat
dgn santainya seolah-olah melihat kepada kami dengan senyuman. Burung-burung
kecil keriangan berkicauan menyambut kehadiran kami di taman itu. Dan hati pun
tidak putus-putus bezikir.
Bersambung lagi.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan