SEHARI sebelum Hari Wukuf iaitu pada 6 Zulhijjah bersamaan 22 Oktober , sewaktu para jemaah sibuk dengan urusan masing-masing di hotel penginapan di kota Mekah...tiba-tiba menjelang tengah hari hujan telah turun dengan selebat-lebatnya (dalam setengah jam) Indah dan nikmatnya hujan rahmat itu. Alhamdulillah.
Bukan senang nak rasa hujan di Mekah... jadi bila dapat rasa hujan...terasa syukur sangat-sangat kepada Allah. Itulah hujan rahmat.
Bukan senang nak rasa hujan di Mekah... jadi bila dapat rasa hujan...terasa syukur sangat-sangat kepada Allah. Itulah hujan rahmat.
PADA Hari Wukuf di Arafah (9 Zulhijah bersamaan 25 Oktober 2012),Ustaz Sahafiee menjadi imam solat Zuhur membacakan kutbah. Ustaz Shafiee pula telah membimbing para jemaahnya yang tinggal di dalam khemah untuk bacaan berzikir dan berdoa dari selepas solat Zuhur sehinggalah menjelang Asar. Cuaca amat elok panas pada tengah hari dan redup pada sebelah petang. Para jemaah haji berpakaian ihram.
Terdengar suara Ustaz Shafiee tersedu-sedan menangis ketika berdoa menerusi corong mikrofon di dalam khemah pada Hari Wukuf yang sangat mulia itu.
Wukuf di Arafah (Khemah wanita)
pemandangan di Muzdalifah....
sempat melelapkan mata seketika...keletihan
Selepas bermalam (mabit) di Muzdalifah (kawasan lapang yang terbuka tanpa khemah untuk mengutip batu untuk melontar) Kami bertolak pula menaiki bas ke khemah di Mina pada awal pagi 10 Zulhijah untuk melakukan ibadah melontar batu di Jamrah selain kita berzikir, berdoa, membaca Al-Quran dan bersolat. Dapatlah mengisi masa terluang dengan aktiviti bermanfaat daripada berbual kosong. Sebab ramai yang berada di Mina dari 10 Zulhijah hingga 13 Zulhijah.
perjalanan ke Jamrah untuk melontar...
pemandangan di Jamrah
terowong yang kita perlu lalui...
Suasana semasa dalam terowong ....
Bersambung lagi....tunggu ya...saja-saja buat kenangan saya....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan