Assalammualaikum,
Istimewa untuk sahabatku yang dikashi, semoga kalian semua dikurniakan oleh Allah dengan keadaan yang sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan,,...Aamiin...
Sebagai anak nelayan tegar saya memang agak kenal pelbagai jenis ikan. Ikan adalah makanan harian kami sekeluarga. Bila kita sebut tentang ikan pasti teringat asam pedas. Bila sebut asam pedas istimewanya orang Johor memang tak lari dengan asam pedas.....Hari-hari pun tak pe kata arwah nenek saya. kami sekeluarga memang penggemar asam pedas.
Kebiasaannya anak-anak saya amat meminati asam pedas ikan sembilang, ikan pari atau pun ikan duri, tetapi asam pedas kepala ikan merah tidak kurang hebat rasanya. Sahabat saya pula amat gemar dengan asam pedas ayam...... Jangan tak percaya asam pedas daging pun enak rasanya.
Jom kita layan resepi asam pedas ikan sembilang...
Ini le rupanya ikan sembilang... Rupanya tak seindah mana pun tapi rasanya hebat mengancam.. Ia sangat terkenal di Johor...
ikan sembilang yang sudah siap dibersihkan
dah cantik kan,...
Asam pedas ikan sembilang ala-ala saya..
Bahan-Bahan
2 ekor ikan sembilang sederhana besar kalau boleh yang segar baru terasa manisnya..
1 cekak daun kesom
3/4 cawan air asam jawa (segengam asam jawa, bancuh dngn 1/2 cawan air)
Garam
minyak untuk menumis
Bahan Kisar
1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)
1 cawan cili kisar (20 tangkai lada kering)
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk halus)
Cara-Cara
Ikan sembilang di siang, potong ikut suka, rendam sebentar dengan air asam jawa, cuci bersih dan toskan.(Untuk elakkan bau hanyir basuh dengan air kapur makan sirih sebentar)
Ikan sembilang di siang, potong ikut suka, rendam sebentar dengan air asam jawa, cuci bersih dan toskan.(Untuk elakkan bau hanyir basuh dengan air kapur makan sirih sebentar)
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masak hingga terbit minyak. , masukkan ikan sembilang dan air asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
Tambah daun kesum. Tambahkan air dalam 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing-masing ya. Saya suka kuahnya agak masa sedikit...
Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi panas...
Asam pedas ikan sembilang....
Jom makan hingga menjilat jari....
Kuah dia kalau lebih jangan buang tau....
boleh cicah dengan ubi rebus yang empok,... nyam nyam..
Pucuk pauh delima batu
ikan sembilang di tapak tangan
Tuan jauh di negeri satu
Hilang di mata di hati jangan.......
Sahabat insyaallah jika diizinkan saya akan paparkan asam pedas ayam pulak ya...sabar menanti..
Sedapnye...uuuwaaa...akak beli kat ne ikan tu? Fresh sungguh rupa dia..sambil taip sambil telan air liurrr....
BalasPadamSedapnye...baca tajuk pun dah boleh terliur..
BalasPadamResipi asampedas TERBAIKKKKKKKK!
BalasPadamSharinor....Ikan tu dari kampong akak memang fresh...ikan segar dari laut..
BalasPadamMimi: Terima kasih atas penghargaan
Idah: Awak memang pemuji yang terbaik...
Aispalela Ibrahim :Untuk pengetahuan semua. asam pedas Puan Aisah Ibrahim aka Kaklong saya ni memang tiada tandingan nya. Cari lah satu Johor, tak kan jumpa sama dgn masakkan air tangan nye. Tiada perkataan JELAK apabila makan asam pedas kaklong saya ni. Kami semua adik beradik ada lah penggemar no.1 nya
BalasPadamBaidah Zaira Mohamed Noor : Suka sangat puan ! Pergh kalo masak asam pedas ikan sembilang lagilah. Tak bangun saya nanti asyik duk hirup kuah ngan ratah ikan !!!
BalasPadam