Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

05 September 2014

Sahabat

Duhai sahabatku...


Kita semua pasti memiliki sahabat sejati, 
apakah ia teman sepermainan, atau 
teman semasa di sekolah rendah, sekolah menengah atau juga teman semasa di tempat kerja  yang sampai sekarang tetap
 menjadi sahabat terbaik dan curahan hati kita ........

Meskipun jarak memisahkan......

Sahabat lama bertemu kembali...



Sahabat semasa di sekolah menengah


Syukur alhamdulliah...En.Buhari bin Kamin dan keluarga...Juga sahabat lama yang baru Allah pertemuakan semula...


Detik-detik syahdu tetekala  meninggalkan sahabat sejawatan...di SKTJJ2 Mei 2014


 sahabat,
aku bukanlah insan terbaik
sebagai sahabatmu,

aku juga,
bukan insan teristimewa dalam hidupmu,
hadirku tika sesuatu,
hilangku tika tugas memburu,
aku,
tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu,
aku lemah untuk itu,
aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa,
aku tidak akan menjadi si dia yang hebat untukmu,
aku hanya mampu menjadi aku,
yang cuba menjadi sahabat setiap waktu,
yang menyumbang bahu tika engkau tersedu,
yang memberi padu ketika engkau lesu,
tetapi,
adakalanya aku jaga menjadi layu,
tersalah kata malah laku,
kerna aku tidak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
aku tahu tentang itu,
maafi aku,

duhai sahabatku





Sahabat semasa di Tingkatan 6  Pn.Hawa binti Jalil pun baru bertemu semula 
masing-masing  dah bergelar nenek..


Rakan sejawatan semasa mengajar di Cameron Highland yang membawa seibu satu kenangan..Chewahhh... Cikgu Rokiah 




Sahabat sebilik semasa menunaikan Fardhu Haji... Sentiasa merindui kalian...

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum wbt.
    Baru waktu ini saya berkesempatan singgah ke laman ini. Rupanya ada gambar saya. Sebenarnya saya hanya sebentar sahaja di tingkatan 6. Berhenti untuk memasuki maktab perguruan. Tak ambil STPM pun (waktu itu disebut STP sahaja). Sebab itulah kita saling tidak berapa perasan kehadiran masing2 di dalam kelas.
    Kehidupan waktu itu tidak semudah hari ini...peluang belajar sangat terhad. Kadang2 wujud juga perasaan keciwa....mengapa aku tidak belajar sehingga masuk ke U, sedangkan aku bukanlah pelajar terbelakang. Sebab itu saya 'kerah' jiwa dan 'semangat' saya untuk memastikan kesemua anak2 tidak seperti ayahnya dulu. Alhamdulillah dengan izinNya 6 dari 7 orang anak telah merasai belajar di IPT(A). Seorang masih di tingkatan 4.
    Akhiranya...semoga persahabatan kita (dan keluarga kita) kekal kerana Allah swt.

    BalasPadam
  2. Insyaallah itu le yang saya harapkan....Saya doakan agar En.Atih dan isteri mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan oleh Allah untuk menjalani ibadah Haji...

    BalasPadam