Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

19 November 2014

BERTEMU KEMBALI OTAI SMGP FASA 3...

Catatan Khas untuk Sahabat OTAI yang berada di Kuala Lumpur...

Assalammualaikum sahabat yang diingati...

Kali ini saya  berkesempatan menulis sedikit tentang aktiviti OTAI yang berada di Kuala Lumpur.  Sebelum memulakan kata bicara saya susun jari sepuluh  pohon ampun dan maaf seandainya apa yang saya tulis ini tidak memenuhi cita rasa atau naluri  hati nurani sahabat semua...
PERTEMUAN ~ T. ALIAS TAIB

Pertemuan berlaku

di penjuru matamu

yang ungu

lalu membiru
Pertemuan berlalu
di penjuru dadaku
yang sayu
lalu terharu

T.Alias Talib

 Kuala Terengganu, 1974


Begitulah... 
beberapa pertemuan berlaku dengan sahabat yang telah bertahun-tahun terpisah.

SAHABAT, suatu ketika dahulu adalah....

yang bersama di bawah bumbung yang satu;
yang belajar dalam satu kelas yang sama;
yang sering beriringan santai di bawah pohon yang rendang di tepi padang yang kadang-kala dilihat merukah jejaring besi menguji kehebatan diri....

SAHABAT suatu ketika dahulu juga adalah....

yang hanya dilihat  dijeling dari kejauhan
yang hanya berselisih ketika menuju ke dewan atau ke kantin;
yang sekali-sekala bertemu semasa latihan rumah sukan
dan mungkin...
yang hanya muncul dalam mimpi tanpa diketahui nama....

Begitulah, 
jalinan persabahatan terjalin tanpa sedar...
mewarnai usia remaja yang masih hijau...
berkongsi suka duka tanpa rahsia...

dan akhirnya tiba-tiba hilang
tanpa dapat dikesan
masing-masing mencari arah tujuan
mengejar cita-cita murni masa hadapan...

Setelah lebih tiga dekad setengahmeninggalkan bangku menengah atas, meninggalkan alam persekolahan yang indah, meninggalkan kenangan yang pernah hinggap dalam ingatan, tiba-tiba kami dipertemukan semula....

Oh, sungguh indah pertemuan itu....

Percayalah, walau secanggih mana sekalipun teknologi itu, jika tanpa izin dan kehendak-Nya, kita pasti tidak dapat bertemu dan berkumpul begini....

Sahabat handai rakan taulan zaman persekolahan... 
setelah sekian lama terpisah kembali bertaut mengimbau kenangan yang telah lama ditinggalkan..

Aktiviti  pertama OTAI Kuala Lumpur...7 September 2014

Dato Rashid  (berbaju Kotak ) dan isteri Datin Hanim 
dan rakan-rakan di Kuala Lumpur  berkesempatan menziarahi guru kebangaan kami iaitu cikgu Tuan Haji Kamaruddin bin Hj.Abdul Rahman. Syukur kehaderat Allah SWT kerana dengan limpah dan izinnya dapat mereka bertemu kemabali setelah sekian lama terpisah...
Merakam kenangan di kediaman  beliau..

 Keluarga bahagia cikgu  Tn.Hj.Kamaruddin

Peneraju Utama Group OTAI Dato Rashid dan isteri..
Terima kasih Dato merancang perjumpaan bersejarah ini..

Sebahagian daripada Orang Kuat OTAI di Kuala lumpur.,..
Hj.Ismail bin Mohammaddin dan Tn.Hj,Abdul .Rahman bin Ali
Merenung jauh..
Orang Kanan Otai di Kuala Lumpur... (bahagian wanita) diterajui oleh Datin Hajah Halimah binti Yusuf dan Hajah Norsiah binti Hj.Mohmadzan.

Secara kebetulan pada 7 September 2014 merakam sejarah  dan tarikh keramat bagi Tuan Haji Ismail  sahabat kami , kerana dapat meraikan hari ulang tahun kelahiran beliau  bersama cikgu dan rakan-rakan,,,, mana di sangkakan...Tuah badan siapa tahu...

pertemuan semalam sudah jauh
semalam tidakkan berulang lagi pertemuan itu

pertemuan hari ini
dilalui dengan berhati-hati
agar ianya tidak hilang
jaga lah ia jangan sampai hilang
jangan hilang maruah
dan harga diri

pertemuan hari esok masih jauh
tapi ia semakin hampir dan dekat
sempatkah pertemuan untuk hari esok

setiap pertemuan pasti menjanjikan perpisahan
kerana alam itu setiap yang bermula pasti kan berakhir

Sekian...
Insyaalah jika diizinkan Allah kita berjumpa di Fasa 4
 sabar menunggu ........

1 ulasan:

  1. Yang memulakan suara
    Yang memulakan cerita
    Yang memulakan usaha
    Yang memulakan langkah
    Yang mengusahakan smpai bejaya..
    Penghargaan tinggi kpd Dato' Rashid Harun..

    BalasPadam