Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

11 November 2014

Selamat Pengantin Baru...


Selamat Pengantin Baru...

Bismillah.
Demi Allah,
Isteri adalah amanah suami,
Saat akad terlafaz dibibir,
Saat cincin tersarung dijari bertaut dihati,
Saat digengam tangan dikucup dahi,
Semoga RAHMAH ALLAH sentiasa mengiringi,
Ku doakan kebahagian rumah tangga kalian.

SELAMAT PENGANTIN BARU
Istimewa untuk
Muhd Syaifuddin  dan Nur Atikah






Bernama perkahwinan itu
 Adalah ikatan setia murni
 bertapak pada nawaitu
 suci berdiri atas kasih
 tulus berpaut di puncak
 munajat bernaung di persada kerukunan 
demi keharmonian hakiki 
demi kebahagiaan abadi 
Di bahu kalian sebenarnya 
Terbeban amanah 
pikullah dengan tabah & gagah
 Di tangan kalian sebenarnya
 Tergenggam kewajipan 
-corakkan dengan cermat & nikmat 
Di jiwa kalian sebenarnya 
Terkandung harapan 
hiasi dengan kecerdikan & kecantikan 
Kelak akan kalian rasai 
senang & tenang  rohani
Din dan Iqah




"Semoga jodoh berkekalan 





Hari indah yang penuh bermakna telah belansung pada 18.10.2014.....tarikh keramat bagi pasangan sehati sejiwa di antara Muhd Syaifuddin  dan pasangannya Nur Atikah .Tepat jam 11.00 pagi mereka telah selamat dijabkabulkan dan sah menjadi pasangan suami isteri. Mudah-mudahan rumah tangga yang mereka bina atas dasar cinta ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat...Berlangsungnya majlis ini dapat lah adinda ku Pn.Aidah dan Suami En.Ahmad menambahkan lagi ahli keluarganya. Mudah-mudahan mereka akan menjadi ibu dan ayah mertua yang dihormati dan disayangi menantu....amin..

Majlis berlangsung  di Lagun Sari  Singapore dengan kunjungan sanak saudara memeriahkan majlis ini,,,



























Tanam pisang tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

selamat pengantin baru

Tiada ulasan:

Catat Ulasan