Teman itu seperti bintang Tak selalu nampak Tapi selalu ada dihati, Sahabat akan selalu menghampiri ketika seluruh dunia menjauh Karena persahabatan itu seperti tangan dengan mata Saat tangan terluka, mata menangis Saat mata menangis, tangan menghapusnya
Assalammualaikum...
Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.
Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....
04 April 2014
24 Mac 2014
Rindu Membara...
Ya Allah perkenankanlah doa hambamu ini agar menjadi tetamuMu lagi...Ya Allah..
Aamiin...
Rindu serindunya...
Cucuku...
Syukur alhamdulillah, kami sudah mempunyai dua orang cucu. Kedua-dua cucu perempuan. Mereka sebagai penghibur kami , kerenah mereka buat kami tak kering gusi. Kami sentiasa mendoakan agar mereka diberi kesihatan yang baik dan membesar sebagai anak yang soleha dan diberkati Allah dunia dan akhirat….Aamiin..
Nenak dan Tok Ayah sentiasa sayang
Damia Hanani binti Fakhrul Anwar
dan
Hasyaa Nur Dalili binti Muhammad Zulkhairi…
Karnival Bahasa Melayu 2014.
19.Mac 2014
Majlis perasmian Pelancaran Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah telah dirasmikan dengan jayanya oleh Puan Guru Besar SK Taman Johor Jaya 2 pada 19 Mac 2014 ( Ahad) Puan Masnah binti Hamid.Karnival Bahasa ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu .Sepanjang Minggu Bahasa Melayu ini, semua murid dikehendaki menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan mengikut tahap yang ditentukan.
Dari Melaka pergi ke Pahang
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan
Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan makbulkan
Singgah di Johor beli barangan
Kami mengucap Selamat Datang
Apa yang kurang dikeji jangan
Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan makbulkan
Pengacara majlis...
Pengendali PA Sistem... Terima kasih Cikgu Yusuf dan Usataz Nasaruddin
Guru Besar menyampaikan watikah Perasmian.
Sebagai tanda perasmian pelancaran dengan memotong pulut kuning...
Pulut kuning tidak boleh dipisahkan sebagai simbolik budaya orang melayu..
(Cantik tak...hisan si pulut kuning hasil sentuhan penulis blog ini...
chewah...ada yang berhajat nak menempah))
Sebagai cenderamata....
Bungan telur untuk semua guru SKTJJ2
Puan Maznah bin Main menyampaikan cenderamata
untuk Puan Guru Besar Pn.Masnah binti Hamid
Terimalah ia sebagai satu kenangan abadi dari kami....
Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Barisan pentadbir SKTJJ2...
Hasil usaha Ketua Panitia Bahasa Melayu Pelancaran Minggu Bahasa
berlangsung dengan gilang gemilang penuh dengan adat istiadat melayu...tahniah...
Terima kasih kepada AJK Persatuan Bahasa Melayu
serta pasukan kompang SKTJJ2 kerana telah berjaya
memeriahkan majlis ini.
Warga Pendidik SKTJJ 2 2014...
Teruskan senyuman mu...
Sendirian....
Tiada yang sudi ....biarlah sendiri....
Sama cantik sama padan...baju sepasang sehati sejiwa...
Ini juga sehati sejiwa...
Seronoknya mereka .....Kerana mu
Kami berada disini....sayang kamu...
Hasil penat lelah kami telerai sudah....
Bunga ditanam di kawasan gurun;
Warisan Melayu jangan ditinggalkan,
Menjadi kebanggaan turun-temurun.
Menabur jasa tidak dipinta,
Untuk membela kedudukan diraja;
Berbudi bahasa amalan kita,
Walau berada di mana jua.
Ranting kayu jatuh melata,
Buah peria pahit terasa;
Bahasa Melayu bahasa kita,
Gunakan ia sepanjang masa
....

Langgan:
Catatan (Atom)

