Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

03 Januari 2010

Alam Baru...

Selamat menyambut Tahun baru 2010.




Pada 2 Januari 2010 saya membawa anak bongsu saya melapor diri ke Sekolah Menengah. Beliau ditawarkan di Kelas Rancangan Khas Sekolah Menengah Johor Jaya 1, Pasir Gudang. Semasa pendaftaran pelajar baru saya dapati terlalu sedikit pelajar lelaki yang melapor diri. Ternyata Kelas Rancangan Khas ini dipelopori oleh pelajar perempuan.
Kemanakah pergi pelajar lelaki kita....
Yang pasti di kelas saya (Pemulihan Khas) mejoriti pelajarnya terdiri daripada pelajar lelaki....
Mungkinkah pelajar lelaki kita diperingkat awal ini lambat tersedar...
Saya berharap dan berdoa agar semua pelajar lelaki akan cepat sedar dan terus sedar......
Agar kalian tidak terus ketinggalan. Zaman semakin mencabar ingatlah anak-anak didikku.
Buat anakku selamat menghadapi pelajaran di sekolah menengah
yang semakin mencabar dan selamat berjaya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan