Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

08 Januari 2010

Pengalaman baru.....

4 Januari 2010 sesi persekolahan bermula.

Kesibukkan mula terasa bagi keluarga yang ramai anak untuk ke sekolah. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa muda yang anak mereka baru nak memulakan alam persekolahan , tidak kira ke Pra atau ke darjah satu. Mereka begitu 'excited' mengambil cuti semata-mata untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang begitu perihatin dan mengambil berat terhadap pendidikan anak-anak. Tetapi yang tidak berapa sedapnya pula ada sebahagian ibu bapa yang sanggup berdiri di tepi tingkap berjam-jam untuk memerhati telatah anak mereka. (Tak senang duduk cikgu di dalam kelas bila ada pemantau yang tidak di undang....kesian dengan cikgu Tahun Satu dan Cikgu Pra awal-awal lagi mereka dah dipantau apa nak buat dah lumrah alam) Tapi budak-budak sekarang tidak serupa dengan budak-budak dulu......mereka dah berani dan pandai berdikari.

Hari ini juga merupakan pengalaman baru bagi dua orang anak ku.....Si bongsu akan memulakan pengalaman baru ke sekolah menengah di dalam tingkatan satu. Manakala anakku yang kedua pula akan memulakan tugasnya sebagi pendidik di Sekolah Menengah (Pengalaman pertama bagi mereka pastinya akan kekal diingatan ). Mudah-mudahan mereka berdua akan berjaya di dalam bidang masing-masing .....Dua beradik yang akan menimba pengalaman baru mereka di dunia pendidikan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan