Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

26 Julai 2012

Nasi Kerabu....







Nasi :
masak seperti nasi biasa.

Ulam-ulaman : 
daun kesom
timun
 bunga kantan
tauge
 kacang panjang
 kubis
daun selom
Segala jenis ulam boleh digunakan.
semua bahan diatas dihiris halus seperti biasa  melainkan tauge

Sambal Kelapa
kelapa parut5 ulas bawng merah
halia seinci
3 batang serai
ikan tawar 3 ekor (ikan selayang direbus atau bakar)
garam

Cara
kelapa  digoreng tanpa minyak hingga sedikit perang dan garing
bawang  merah, halia, serai, gula, garam dimesin  halus..kalau boleh jagan letak  air banyak masa mengisar atau lebih senang ditumbuk sahaja..
kemudian  masukkn bahan tadi ke dalam kelapa dan campur dengan isi ikan. kacau rata.rasa la dulu.kemudian  tumbuk sikit semua bahan tadi..jangan hancur sangat..ketepikan..
(ni petua untuk sambal kelapa tahan lama- lepas siap semua ditumbuk tadi, goreng balik sambal ni sampai kering, goreng tanpa minyak , kemudian bolehlah di simpan dalam bekas kedap udara).

Tumis Nasi Kerabu

10 ulas bawng merah
3 sudu lada kering mesin
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci belacan
1 btg serai diketuk
1 cawan santan pekat campur 3 cawan air
gula melaka
garam secukup rasa

Cara-cara

Didihkan santan sehingga agak berminyak dan mengambil masa agak lama. Tapi kena jaga takut santan pecah.kacau sentiasa.
mesin bawang merah, bawng putih, lada kering mesin, halia dn belacan sehingga hancur. 
 masukkan bahan-bahan  mesin tadi ke dalam santan. kacau rata dan sebati. masukkan juga serai, garam dan gula.
 kecilkan api, dan biarkan hingga mendidih dan pecah minyak dan pekat..
(Petua tumis untuk tahan 2 hari, elok dibuat sehari sebelum nak makan..lg pekat dan berminyak, maka sedapla tumis tu..)

cara-cara menghidang

Nasi letak dalam  pinggan, kemudian letak  ulam ditengah-tengah. Kemudian letak sambal kelapa diatas ulam tadi. letak pulak tumis atas sambal kelapa.kemudian sekali  letak budu 2 sudu. hias la sekeliling pinggan dengan ikan , daging, solok lado, telur masin, kerepok..
nasi kerabu tumis sedap dimakan dengan daging bakar,  kerepok goreng, telur masin, solok lada, ikan goring celup tepung
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan