Hai sikuih jongkong....
Sebelum saya memulakan tugas di dapur, ingin saya menurunkan resepi KUIH JONGKONG kegemaran ayahnda saya untuk berbuka puasa petang ni...almaklum beliau mengemarinya kerana kuih ini senang ditelan kerana kuihnya agak lembut seperti bubur som-som ...Saya mempelajari membuat kuih ini daripada arwah ninda saya beliau amat mahir menyediakan kuih-muih tradisional yang enak rasanya dan mudah pula menyediakannya....
BAHAN-BAHAN
100 gm tepung beras
450 ml santan
1/2 sudu garam
100 gm tepung beras
450 ml santan
1/2 sudu garam
· BAHAN INTI :-
·
100 g gula melaka - dihiris
·
300 ml pati santan
Sediakan daun pisang,dilayurkan dan dipotong 20x24cm persegi.
Masak bahan-bahan kecuali inti
hingga pekat dan agak lembut.Biar suam.
Ambil sedikit adunan dan
bubuh ke dalam daun pisang dan bubuh pula gula melaka ditengah-tengah tengahnya.
Tuang pula pati santan di
atas gula melaka.
Bungkus seperti kita
membungkus tapai,sematkan dgn pencungkil gigi dan kemaskan bungkusan (gunting
lebihan daun pisang)
Kukus selama 25 min. Siap untuk disajikan.
Kuih jongkong yang sudah siap dikukus dan bersedia untuk dimakan
Selamat Mencuba
Salam'alaik. . Sekiranya guna mangkuk plastik bole tk?
BalasPadam