Assalammualaikum...

Syukur alhamdulliah ....
Kepada semua pembaca yang saya hormati . Jutaan terima kasih saya ucapakan pada kalian, kerana sudi melayari Laman Blog saya. Dikesempatan ini ingin saya sampaikan , bahawa blog saya adalah sekadar mengisi masa lapang dan tidaklah terlalu berbentuk ilmiah. Sekiranya terdapat kesilapan tata bahasa atau ejaan, saya dengan rasa rendah diri mohon ampun dan maaf kepada anda semua.

Selamat melayari Laman Blog saya. Jumpa lagi....

25 Julai 2012

SAMBAL TUMIS

 


Bahan-bahan ( 1 hidangan sekeluarga )
     100 gm ikan bilis halus/sederhana (dibasuh dan ditoskan)
     6 biji bwg merah (dikisar)
     3 biji bawang putih (dikisar)
     1/2 inci belacan (dikisar)
     3-4 sudu besar cili kering kisar
     1/2 sb air asam jawa
·        garam dan gula secukupnya

Cara-cara
      Sediakan kuali. Panaskan 3-4 sudu besar atau lebih minyak masak dan goreng ikan bilis sehingga betul-betul garing. Angkat dan toskan.
     Tumis bahan-bahan  kisar dgn menggunakan minyak bekas menggoreng tadi sehingga terbit bau (tumis lama sikit supaya cili betul-betul  masak).


       Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Kacau sehingga kering. Tutupkan api. Kemudian masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaul sehingga rata. Biarkan seketika di dalam kuali.



    Boleh le cicah dengan roti canai....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan